Pages

Saturday 2 January 2016

MINYAK ZAITUN : BUKAN SEKADAR MINYAK



Oleh : MOHAMAD FIKRI ROSLY

khasiat minyak zaitun  memang diketahui ramai.  sejak turun temurun lagi pakar2 perubatan, pemakanan dan kosmetik mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan seharian.

Pengambilan rutin minyak zaitun dipercayai dapat mengelak penyakit kardiovaskular, kanser, masalah penghadaman dan penuaan. dan ia juga berkhasiat untuk bayi dalam kandungan dan kanak2 yang sedang membesar.

Menurut pakar perubatan nuklear dan radiobiologi, Dr. Yahya R. Laleli, khasiat minyak zaitun telah diperakui dan disahkan menerusi pelbagai kajian di seluruh dunia. pengambilan dua sudu setiap hari dapay mengurangkan risiko penyakit koronari jantung kerana kandungan lemak tidak tepu mono yang terkandung didalamnya.

Buah yang diberkati

Firman Allah Taala. "demi buah tin dan buah zaitun....." (surah at Tin ayat1)
minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya.  ini disebut di dalam Al Quran suran An-Nur:35
"...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula disebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api..sumber- alshiffa.blogspot

Hadith

daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak zaitun untuk tujuan perubatan

minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi memastikan kadar asid yang rendah.  hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit .  minyak ini dikenali pasaran sebagai "virgin olive oil". minyak zaitun dara atau ekstrak pertama.  minyak zaitun yang terbaik didunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif.   ini kerana di dalam surah At Tin, menurut tafsiran imam Hasan al Basri RA: Tin : sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun.  Zaitun : sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis... kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam..

kegunaan minyak zaitun

1. untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah: disapu diwajah sebelum tidur.

2. untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur. sapu pada jerawat dan parut.

3. untuk pesakit lutut. athritis dan sendi2 yang sakit.  diletakkan dikapas lalu dibalut pada lutut ( atau mana2 sendi yang sengal) sebelum tidur.

4. leukimia.  dibaca Ruqyah saratan diminum satu sudu 1jam sebelum makan apa2 paling kurang 40 hari.

5. kanser.  dibaca ruqyah saratan dan sentiasa disapu  pada anggotan terkena kanser contohnya kanser payudara sapu di payudara, kanser otak disapu dikepala, dll..

6. Gastrik.

7. masalah penghaman. masalah usus, sakit perut, cacing dan angin dll..

8. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi masalah gigi dan gusi.

9. Anti semua kanser, sakit jantung dan 1001 penyakit. DIGUNAKAN SEBAGAI MINYAK MASAKAN UTAMA..CER TENGOK DALAM RANCANGAN MASAKAN SEPERTI AFC ASTRO, SEMUA MINYAK ZAITUN BEB..

10. melebatkan rambut.  Dijadikan minyak rambut utama.  Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama Nabi s.a.w.  Antara sifat nabi adalah rambutnya sentiasa berminyak (minyak zaitun)

11. Tenaga batin yang power beb.. dan membantu melicinkan proses persetubuhan.  Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin.  disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.

facebook: Mirol Nik Mat

Wednesday 22 January 2014

hukuman mati menggunakan meriam


Kaboom!

Di dalam dunia moden sekarang, method hukuman mati yang paling kerap digunakan ialah hukuman gantung. Di beberapa negeri di Amerika Syarikat hukuman suntikan maut menjadi pilihan. Di Eropah capital punishment sudahpun dilupuskan kerana ianya melanggar undang-undang hak asasi manusia mereka. Hukuman mati yang dijalankan sekarang walaupun dianggap paling berperikemanusiaan dianggap terlalu ekstreme.

Ini membawa kita kepada sebuah teknik menjatuhkan hukuman mati yang tidak lagi digunakan. Teknik menjatuhkan hukuman mati ini dipanggil "Shooting From A Gun" ataupun dalam bahasa bumiputera songkok tingginya ditembak dengan menggunakan meriam. Teknik hukuman mati ini adalah brutal. Seorang pesalah akan diikat pada muncung sebuah meriam. Tangan dan kaki beliau didepangkan dan diikat pada roda meriam. Muncung meriam diletakkan pada bahagian belakang pesalah dan kemudia meriam dinyalakan. Tubuh pesalah akan secara segera meletup kerana tekanan akibat letupan meriam ini. Tekanan udara sudah memandai untuk membunuh dan peluru meriam tidak diperlukan untuk menemukan pesalah dengan the bearded dude in the sky. Terdapat pelbagai catatan sejarah yang menyatakan tubuh pesalah akan terburai sejauh 40 kaki dari muncung meriam. Kerana hukuman ini dijalankan di hadapan orang awam, terdapat juga rekod penonton yang tercedera kerana terkena cebisan pesalah yang terbang kesemua arah.

Teknik ditembak meriam sehingga mati ini dipercayai dicipta di Portugal pada abad ke 16. Namun penggunaanya sebagai teknik hukuman mati tersebar ke 4 penjuru dunia. Terdapat catatan ianya digunakan di Turki dan Kesultanan Acheh!

Tetapi hukuman ini sinonim dan digunakan secara besar-besaran oleh penjajah British di India. Pada tahun 1857 berlaku Pemberontakan Sepoy. Pemberontakan ini berlaku kerana askar Sepoy di bawah bidang kuasa Kompeni Hindia Timur Inggeris marah dengan penggunaan pelincir tallow pada katrij sebuk peluru raifal mereka. Pelincir allow ini dihasilkan menggunakan campuran lemak babi, lemak lembu dan lilin lebah. Majoriti askar Sepoy adalah beragama Islam dan Hindu. Kewujudan lemak babi dan lembu pada katrij serbuk peluru yang perlu digigit sebelum boleh digunakan dikatakan menghina sensitiviti agama mereka. Akibat dari pemberontakan ini puluhan rakyat empayar British terbunuh. Pemberontakan Sepoy kini dianggap sebagai permulaan penentangan terhadap penaklukan British di India.

Selepas pemberontakan ini berjaya dihentikan, puluhan askar Sepoy yang didapati bersalah menentang kuasa British dijatuhkan hukuman mati. Bagi menakut-nakutkan orang India dari cuba bangun dan menentang mereka, hukuman mati menggunakan meriam digunakan oleh British. Puluhan pemberontak diletupkan dikawasan awam untuk tontonan umum. Gruesome!

Di Kesultanan Acheh hukuman ini pernah dijatuhkan keatas lanun pada tahun 1810. Seorang paderi Kristian juga dikatakan dijatuhkan hukuman yang sama pada tahun 1583 kerana cuba menyebarkan agama Kristian di Acheh.

Kali terakhir hukuman ini dijalankan ialah pada tahun 1930 di Afghanistan dimana 11 orang penentang bebangsa Tajik diletupkan kerana terlibat didalam komplot menggulingkan Sultan.












thankss...thankss..