Pages

Monday 30 April 2012

kenapa BERSIH??


kenapa perlunya perhimpunan bersih?? ia merupakan satu persoalan yang kita perlu menjawab di atas satu kapasiti yg relevan.. 

salahkah kita melakukan perhimpunan??
menurut bahagian 2, perkara 10 (a)(b)(C): sebagai rakyat malaysia, menerangkan kepada kita bahawa kita diberi kebebasan untuk bersuara, berhimpun secara aman tanpa adanya senjata dan membentuk persatuan.  benda ni kan gua dah ckap berulang kali, perhimpunan ini xde yg salahnya.

kenapa tidak pada saluran yang betul??
sebelum ini sdah byak saluran yang sesuai dilakukan, dan sdah pelbagai inisiatif sdah dilakukan namun masih terdapat penyelewengan terhadap tuntutan BERSIH.. dan masih berlakunya penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan.

dengan ni gua mengambil contoh di mesir 3 tahun sebelum kejatuhan mubarak, kehidupan rakyat mesir dikatakan pada waktu itu sngguh daif dan memilukan.  pada masa itu kerajaan mesir tdak bgitu mnghraukan msalah rakyatnya kerana mubarak tidak perlu menghadapi apa2 pilihan raya dengan adanya masalah.

pada masa tersebut plihanraya yang diadakan pnuh dengan penipuan dan rasuah.  mudahnya apabila berlakunya gejala rasuah dan penipuan maka jelaslah bahawa demokrasi tersebut tidak berjalan dengan jayanya.

berbalik kepada negara kita  malaysia, salah satu tuntutan BERSIH adalah untuk menghapus senarai pengundi hantu dari daftar pemilih yang sebanyak berpuluh ribu, dengan pengundi hantu ini, pihak kerajaan yang telah sedia ada ini boleh menang dengan mudah setiap plihanraya yang dijalankan dengan majoriti 2/3.  jika pengundi hantu ini tidak dibuang pada jun 2012 ini, kerajaan sekarang tetap akan menang majoriti di parlimen.. dan ini merupakan satu perkara yang tidak atau sgt tidak adil.

dengan kemenangan ini, sesebuah kerajaan tersebut bebas untuk: 
  1. menaikkan harga mnyak
  2. menaik kadar tol
  3. memberi kontrak jutaan ringgt kpda kroni dan anak branak cth NFC
  4. kena GST( untuk pngetahuan GST sdah pom dilaksanakn tp x d war-warkn) dan cukai yg mlampau dan bkal mmbebankan rakyat.
  5. tindas, pukul n tangkap rkyat ssuka hti cth: bersih 3.0
  6. naik hrga barang dll lg
pendek kto gak sek dio bebaslah nok wt gapo pom termasuklah pada kekayaan negara, 
pah kita nok wt rano? nk wt ranonya sbb kta pakoh pas/pakatan doh sek hantu ni tlong namboh untuk pakoh glain, xde nok taha kito pom..berat nanang.

kita terpaksa menerima hakikat bahawa sistem pilihanraya kita sememangnya sudah berada di tahap yang kritikal, dan perkara yang paling menyedihkan gua sebagai seorang anak muda yang baru nak mengenal dunia ialah terhadap PENDEDAHAN pengerusi dan timbalan pengerusi SPR BAHAWA MEREKA MERUPAKAN AHLI KEPADA PARTI POLITIK YANG MEMERINTAH SEKARANG.

SERIUS BEB, BGAIMANA KITA HNDAK BERDEPAN DENGAN PILIHANRAYA SEKIRANYA PENGADIL SENDIRI PUN DIRAGUI KREDIBILITINYA? SIMPLE JE UNTUK KTA MEMAHAMINYA BOLEHKAH KITA TERIMA JIKA PERLAWANAN BOLA YG KITA HADAPI PENGADILNYA KERAP MEMBERI SEPAKAN PERCUMA KEPADA PIHAK LAWAN??

oleh itu tuntutan bersih harus dipenuhi sebelum p/raya umum dijalankan..penting

Saturday 28 April 2012

apesal lu langgar mereka??(bersih)

lu punya tugas kontrol suasana beb, ape ke bangang lu pegi langgar budak..
gua xfham beb apesal agensi yang menjaga keselamatan sekarang ni dah jadi mcm hilang akal, 
bertindak macam orang yang xde otak..

lebih rakus daripada apa yang dilakukan oleh seorang penjenayah, dengan berlakunya perkara seperti ini lu x pk ke, ini blh mnyebabkan hilang kepercayaan masyarakat terhadap pengawalan lu..



ini gua tnjuk gambar kereta yang melanggar 2 orang peserta bersih..
apesal peserta dok tolak kereta polis sampai tertunggang terbalik kereta ni??
lu orang kna tahu beb, kereta pollshit ini diterbalik sebab nak menyelamatkan mangsa yang terkepit
dan terperosok di bawah kereta dan bukannya RASA X PUAS HATI..BANGANG..
gua pom xthulah ape yg TV3suku akan cakap esk..  nah ni rupa si mangsa yang kena rempuh..

ni oranglah bangang bukannya public phone.. orang 2 woi..
kalaulah cm cara lu orang jaga keselamatan gua xpercaya beb kat lu..

ni gua bg link video untuk lu orang tengok: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ZZmS2AczePY

Thursday 26 April 2012

dasar pendidikan percuma

DASAR PENDIDIKAN PERCUMA MENYEDIAKAN ELAUN SARA HIDUP SELEPAS PENGHAPUSAN PTPTN

Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini. Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.

Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.

Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibincangkan dengan terperinci di peringkat KEADILAN dan Pakatan Rakyat.






Sukacita saya menggariskan rangka kasar dasar pendidikan percuma untuk menangkis dakyah pihak lawan bahawa penghapusan PTPTN akan menghentikan pembiayaan sara hidup, seperti berikut:

1. Pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat di dalam kemahiran teknikal. Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan;

2. Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga;

3. Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak;

4. Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan di dalam (3). Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan

5. Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah.

Prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak. Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputra kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup.

Sebaliknya, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan.

Saya menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.

Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini.

Saya percaya penghapusan konsesi tol lebuhraya seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun, kerana inilah wang pampasan yang dibayar Barisan Nasional kepada pengendali konsesi lebuhraya setiap tahun. Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN 
21 APRIL 2012 

Sunday 22 April 2012

sungguh mengagumkan..

Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya. (Al Furqan:53)







bukan setakat di darat, dalam laut pun ada...tooo diaaa..





Saturday 21 April 2012

"ORANG MELAYU, TOLONG FAHAM"


Kita(Melayu) jangan susahkan perkahwinan dengan perbelanjaan yang melampau hingga berhutang dek kerana bermegah-megah dengan kemewahan adat dan sebagainya? Seharusnya kita lebih utama perbelanjaan selepas kahwin. Jangan sampai adat menyusahkan urusan perkahwinan.


JANGAN LEBIHKAN ADAT DARI AGAMA 



bagi pendapat gua, apa yg dikatakan mb kelantan ni benar, cuba kita lihat senario gelagat manusia skrang ni, bnyak yg mngambil personal loan untk kahwin tidak kira lah dri bank mna pun untk mnanggung kos perkahwinan, kdang2 gua terpikiaq jgk lau dah brcerai atau pun berpisah...

nak byar blik hutang rasa x brbaloi, senang2 xpyh byar, biar bank plak yg tarik bini 2...kah3
2 pom lau blh la..hahahahahahha

jom join: http://www.facebook.com/penakabur

Sunday 15 April 2012

pemansuhan ptptn: penjelasan yang terperinci

Pada 10 April 2012 baru-baru ini
Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli telah mengadakan sesi penerangan kepada golongan muda terutamanya mahasiswa tentang bagaimana caranya memansuhkan PTPTN seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat sekiranya mentadbir Malaysia selepas PRU13 nanti...

Banyak soalan yang dikemukakan oleh para Mahasiswa yang berminat untuk mengetahui bagaimana pemansuhan PTPTN ini dapat dilaksanakan oleh pakatan Rakyat memandangkan Kerajaan BN mengumumkan kepada rakyat bahawa mereka tidak mampu melakukannya.

Kerajaan BN kata jika PTPTN dihapuskan,maka negara ini  yang kini ditadbir oleh mereka akan muflis..

Bagi pandangan aku mudah sahaja..
jika kita beri kereta ferrari yang serba canggih dan moden kepada orang yang tidak reti bawa kereta...
Ferrari tu takkan bergerak kemana-mana...

Silap-silap ferrari tu jadi tempat ayam mengeram sahaja..
begitulah juga negara kita ini..
jika kita benarkan negara ini terus ditadbir oleh orang-orang yang tidak tahu mentadbir,maka jika kita beri cadangan dan formula yang terbaik sekali pun mereka akan gagal melakukannya..

Tengok bagaimana mereka menguruskan MAS..
mereka letakkan orang yang tidak tahu dan tidak minat berniaga,mereka letakkan orang yang hanya mahu mencari kekayaan sesama mereka sahaja,itulah sebabnya MAS sentiasa rugi...

Apa pun berbalik kepada soal PTPTN tadi..
Rafizi berjaya menerangkan kepada golongan muda yang dan berjaya menyampaikan bagaimana matlamat pendidikan percuma ini dapat dilakukan..

PENJELASAN TENTANG PTPTN.

Soal Jawab PTPTN.

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh peminjam-peminjam sehingga kini.

Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.
PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar.

Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri.

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?

Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa pembayaran yang panjang. 
Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar serta-merta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN.

Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini.

Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN.

Ada banyak cara kerajaan boleh membayar jumlah ini.
Contohnya, kerajaan boleh merangka satu akta yang mensyaratkan mengikut undang-undang bahawa peratusan tertentu dari hasil minyak perlu dimasukkan ke dalam tabung pelaburan pendidikan. 
Dana ini tidak boleh diganggu dan hanya boleh digunakan untuk pendidikan.
 
Setiap tahun, sejumlah RM2 bilion boleh diambil dari dana ini untuk membayar tanggungan hutang PTPTN yang diambil alih oleh kerajaan. 
Jika ini dibuat, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita berjaya menghapuskan hutang PTPTN.

Jika kerajaan tidak mahu menyentuh hasil minyak, kerajaan juga ada pilihan untuk melakukan kaedah pembiayaan semula (atau refinancing).  
Kerajaan boleh menerbitkan bon baru berjumlah RM2 bilion setiap tahun yang akan dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, misalnya 20 tahun. Hasil dari bon ini boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN yang diambil alih.

Sebenarnya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menanggung kos menghapuskan hutang PTPTN ini. 

Malah, jika kerajaan berjimat dan menghentikan ketirisan perbelanjaan yang melebihi RM28 bilion setiap tahun,jumlah RM2 bilion yang perlu dibayar adalah terlalu sedikit.

Bagaimana pula dengan mereka yang telah membayar sebahagian hutang mereka?

Setakat akhir tahun 2011, dianggarkan RM2.8 bilion telah dibayar kembali oleh 651,000 peminjam sejak PTPTN diperkenalkan.
 
Sebahagian besar peminjam masih belum melunaskan hutang. 

Prestasi pembayaran balik juga berbeza-beza mengikut peminjam. 

Ada yang membayar dengan berterusan setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan. 
Ada yang membayar lebih rendah. 
Ada juga yang langsung tidak membayar.
Pun begitu, kutipan RM2.8 bilion bermakna secara puratanya 10% dari jumlah pinjaman yang diambil telah dibayar balik.

Ada pelbagai mekanisme yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang telah membayar hutang mereka.

Contohnya...
kadar purata 10% boleh digunakan sebagai kadar minima pembayaran rebat dan ditambah dengan peratusan rebat yang berkadar terus dengan jumlah pembayaran seseorang individu, seperti berikut:

Maslan Ali meminjam RM18,000 dari PTPTN. 
Setakat ini beliau hanya membayar RM680 kepada PTPTN.
 
Munir Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN. 
Beliau telah membayar RM2,500 kepada PTPTN.
 
Mohamad Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN 
dan membayar RM4,800 setakat ini.

Kadar 10% pembayaran (iaitu kadar purata pembayaran) diambil kira sebagai kadar minima menentukan rebat yang dipulangkan kepada peminjam.

Maslan Ali hanya membayar 4% pinjamannya iaitu dibawah kadar purata nasional. 
Beliau tidak layak mendapat apa-apa pembayaran rebat.

Munir Ali membayar 12.5%. 
Beliau layak menerima rebat. Jika kadar pembayaran rebat ditetapkan sebagai berkadar terus dengan jumlah pembayaran, 
maka Munir Ali mendapat (12.5% X RM2,500 = RM312.50) sebagai rebat prestasi pembayaran PTPTN.

Begitu juga dengan Mohamad Ali yang bakal mendapat rebat sebanyak (24% X RM4,800 = RM1,152).
Banyak lagi mekanisme yang boleh diputuskan untuk menjamin kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang membayar kepada PTPTN.

Jika kaedah pembayaran rebat seperti di atas digunapakai, maka tanggungan kerajaan untuk membayar rebat tidaklah setinggi seperti yang diwar-warkan. 

Jika kadar 10% adalah kadar purata pembayaran rebat, maka jumlah wang yang perlu diperuntukkan untuk membayar rebat kepada peminjam yang telah membayar adalah (10% X RM2.8 bilion = RM280 juta) sahaja.

Setelah kita hapuskan PTPTN, bagaimana kita akan membiayai yuran pengajian dan kos pendidikan tinggi rakyat selepas itu?

Masalah pembiayaan pendidikan tinggi rakyat yang meruncingbermula apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan memperkenalkan beberapa akta baru dalam tahun 1996 seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Pengenalan akta-akta ini menandakan bermulanya era bila mana tanggungjawab menyediakan tempat dan peluang pendidikan tinggi diserahkan kepada pihak swasta.
Tindakan ini telah ditentang pimpinan siswa ketika itu atas kebimbangan ia samalah dengan memperniagakan sektor pendidikan tinggi.

PTPTN kemudiannya ditubuhkan dalam tahun 1997 yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada belanja pendidikan tinggi yang mula melambung dengan penglibatan besar-besaran pihak swasta melalui IPTS.

Oleh kerana kerajaan tidak menyediakan tempat yang mencukupi untuk lepasan sekolah yang layak memasuki universiti, ratusan ribu rakyat pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS yang yurannya lebih mahal.

Oleh itu, kita kena kembali kepada zaman sebelum 1996 iaitu tempat dan peluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah disediakan oleh kerajaan.Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur “keuntungan” berbanding IPTS. 

Bila ini berlaku, peranan IPTS akan kembali kepada menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kursus-kursus khas, pengajian baru dan lain-lain.

Sejak tahun 2005, jumlah kemasukan pelajar ke IPTS telah mengatasi IPTA dan jurang ini semakin melebar saban tahun. 

Contohnya, dalam tahun 2005 nisbah kemasukan pelajar di IPTA:IPTS adalah 
  • 310,000 (IPTA) berbanding 
  • 337,000 (IPTS). 
Jurang ini telah meningkat menjadi 
  • 372,000 (IPTA) berbanding 
  • 466,000 (IPTS) menjelang 2010, mengikut unjuran yang dibuat Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri.

Lambakan IPTS dan pergantungan kepada IPTS untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi menyebabkan bebanan hutang PTPTN juga melambung, kerana yuran IPTS yang lebih mahal dan jumlah pemohon dari IPTS yang naik mendadak.
Jika ini berterusan, kerajaan di masa hadapan tidak mampu menanggung kos pendidikan tinggi.
Sebab itu, langkah pertama adalah mengembalikan peranan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang melanjutkan pelajaran tinggi seperti sebelum 1996.

KEADILAN percaya jika 10 IPTA baru dibina dalam masa 10 tahun akan datang, 100,000 tempat baru di IPTA dapat disediakan. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada IPTS dalam menempatkan pelajar lepasan SPM.

Pembiayaan pelajar di IPTA dibuat melalui 3 cara. 

Pertama, yurannya memang lebih murah kerana tiada unsur keuntungan tidak seperti IPTS. 

Kedua, jaminan KEADILAN bahawa melalui konsep pendidikan percuma, yuran dan kemudahan tempat tinggal disediakan kepada pelajar lalu mereka tidak perlu meminjam bagi kedua-dua tujuan ini. 

Ketiga, subsidi makanan dan lain-lain akan memastikan kos makan dan sara hidup pelajar di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi.

Berdasarkan yuran IPTA, subsidi kerajaan dan pembiayaan PTPTN sedia ada, kos purata untuk kursus sarjana muda bagi seorang pelajar setiap tahun adalah RM25,000.
 
Maka, kiraan awal kos pembiayaan yang perlu ditanggung:
  • Kos tambahan menyediakan pendidikan percuma bagi 100,000 tempat baru di 10 IPTA baru: RM25,000 X 100,000 =RM2.5 bilion setiap tahun

Kos tambahan memastikan pendidikan percuma bagi 372,000 pelajar sedia ada di IPTA:

  • RM5,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTA) X 372,000 = RM1.86 bilion setiap tahun

Kos pembiayaan baki pelajar di IPTS (anggaran berdasarkan pengurangan 30% tempat di IPTS dan hanya 35% dari pelajar IPTS mengambil PTPTN, berdasarkan rekod semasa):
  • RM25,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTS) X 60,000 = RM1.5 bilion setiap tahun.

Maka, jumlah pembiayaan pendidikan tinggi di bawah rancangan yang dipertimbangkan KEADILAN adalah (RM2.5 b + RM1.86 b + RM1.5 B) RM5.86 bilion setiap tahun.


Dalam tahun 2010...
PTPTN meluluskan RM6.1 bilion pinjaman kepada peminjam.

Ini bermakna, jumlah yang ditanggung kerajaan kini lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiayaan sekiranya pendidikan percuma diperkenalkan melalui pengwujudan 10 IPTA baru bagi menyediakan 100,000 tempat baru seperti yang dicadangkan KEADILAN.

Walaupun PTPTN dihapuskan, dana pinjaman kepada pelajar yang masih mahu meneruskan pelajaran di IPTS tetap disediakan tetapi jumlah ini lebih kecil berbanding tanggungan RM6 bilion setiap tahun sedia ada.

Tambahan pula, lebih ramai pelajar yang akan menikmati kemudahan pendidikan percuma kerana tempat-tempat di IPTA adalah mencukupi dan keperluan menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar akan berkurangan dengan mendadak.

Semua ini bakal dibiayai dengan kos yang tidak banyak berbeza dengan kos yang dibelanjakan sekarang. 


Bezanya, wang akan dilaburkan di dalam IPTA baru untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi pendidikan tinggi percuma, bukannya disalurkan ke pelbagai IPTS seperti sedia ada.


Kita kena serahkan pada yang pakar...
bukannya serahkan kepada orang yang hanya tahu memikirkan keuntungan kroni...

Kalau projek lembu pun mereka habiskan RM250juta kepada sebuah syarikat yang tiada langsung pengalaman menternak..
apa lagi yang korang boleh harapkan dari kerajaan dalam isu PTPTN ini..?

tapi walaubagaimana pun ada jgk yang x brstuju dengan pemansuhan ini contohnya..kah3

artikel asal: disini