Pages

Sunday 30 December 2012

KEHIDUPAN SEORANG WANITA OBESE #ambil sebagai pengajaran


Jagalah pemakanan anda

Terri Smith (51) dahulunya pemegang rekod wanita paling gemok di dunia apabila berat beliau mencecah 700 pound (317 kilogram) . Wanita yang berasal dari Ohio ini sudah tidak mampu berjalan selama 3 tahun dan hidupnya memerlukan bantuan sepenuhnya dari anak dan suami beliau. Terri Smith sudah mengalami masalah berat badan sejak dari kecil kerana diet yang tidak sihat. Beliau kini mengalami masalah sakit kepala tetapi pihak hospital tidak mampu melakukan pemeriksaan sempurna kerana beliau terlalu besar untuk mesin MRI. Beliau juga mengiap diabetes, darah tinggi dan masalah jantung. Kerana tak mampu bergerak beliau terpaksa memakai lampin dewasan untuk proses nyahtinja harian. Sad!

On a side note kami terkejut seorang manusia boleh menjadi sebesar ini. Lagi terkejut anak dan suami beliau bersaiz normal. Cinta tak mengenal rupa sebenar! Oleh itu kami di Bloganakmuda bertekad untuk mengamalkan diet yang seimbang. Tak mahu kami menjadi Blogger paling gemok di dunia. Ayoh!





krdit to blogserius laporan asal asal srxww

APABILA 100 000 SENJATA HARAM DIMUSNAHKAN DI CHINA (18 GAMBAR)

Polis China dari 150 bandar memusnahkan lebih 100 000 senjata haram secara bersepadu seluruh China sebagai langkah menunjukkan mereka serius dalam menangani masalah jenayah negara tersebut. Selain dari pistol dan senapang, 250 tan bahan letupan yang dirampas dari organisasi jenayah turut dilupuskan. Polis juga mendakwa senjata yang dimusnahkan ini dirampas dari 180 geng penjenayaha dah 7800 suspek. Ini membawakan penurunan jenayah menggunakan senjata sebanyak 46 peratus di seluruh tanah besar. Wah! Ini memang pemusnahan secara pukal. Di Malaysia jarang kita nampak senjata berat dirampas polis. Kalau ada kes samun yang kita nampak kebanyakkannya parang dan paip besi. 







laporan asal chinadaily dan MSN

BRA TERBESAR DUNIA UNTUK KUTIPAN KANSER PAYUDARA

Apa yang anda lihat di bawah ialah bra terbesar di dunia sebesar 29.6
 meter dan seberat  90 kilogram.  Lebar setiap cup pula ialah 7 x 2.5 meter.
 Bra ini dihasilkan bagi membuat kutipan amal kanser payudara di United Kingdom.
Ianya kini dilelong di laman Ebay. Jika anda mahu memiliki bra gergasi ini silalah
letakaan bidaan anda disini







kredit

rupa isteri PSY


Oppa Waifu Style

Tahukah anda Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang (34) sudah berkahwin? Berliau bernikah dengan Yoo Hye-yeon pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak kembar perempuan. Tahukah anda Psy mendapat royalti sebanyak USD 8 Juta hasil dari berbillion video Gangnam beliau di Youtube. Paling lol ialang Psy datang dari keluarga super kaya dan sebenarnya tak memerlukan langsung kareer sebagai seorang pemuzik. Lucky guy!





kredit

gambaran hari kiamat menurut steve mcghee (menjadi jenaka)


Visual kemusnahan alam

Kiamat Mayan tidak berlaku dan kini ianya menjadi jenaka. Apa yang pasti kiamat pasti berlaku dan kita harus serius bersedia dengan dunia akhir zaman yang kita diami sekarang. Steve McGhee menghasilkan gambaran hari kiamat versi beliau. Harapannya bila kiamat berlaku kami dah mampos.





Tuesday 18 December 2012

ubat stres dikala final exam hampir tiba

Lu cakap lu studen IPTA, lu pun kena ingat juga yang gua pun studen juga..
memandangkan final exam hampir tiba, so lu studyla rajin-rajin jangan sampai
time exam lu jawab yang ntah pape seperti di bawah ini :





lawak bunuh


Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku..."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."


Thursday 13 December 2012

isu cinta : berkasih atau bersahabat sahaja


Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja? Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.
Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.
Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.
Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.
Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?
Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.
Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.
Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan.
Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.
Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar. Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah..

kredtit

perbezaan menarik antara lelaki dan perempuan versi ATM


Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt



Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..

Mungkin sebab perkara-perkara diatas lah perempuan digelar "Complicated"?? Hehehehe

kredit

sejarah & asal usul kasut jenama bata



Mesti korang pernah pakai kasut Bata ni kan? Kesut Bata ni memang femes kat Malaysia sampaikan aku sendiri ingat yang Bata ni syarikat kasut tempatan... Tapi rupe2nye tidak.. jom baca kat bawah nih..




Setiap dari kita walaupun sekali dalam seumur hidup pastinya pernah menggunakan kasut berjenama Bata yang sememangnya terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki.

Jenama Bata itu sendiri telah telah melalui sejarah yang panjang sebelum menjadi satu jenama yang gah dan dikenali hampir di semua peringkat usia di seluruh dunia.

Jenama Bata mula dikenali di Malaysia atau Malaya pada waktu itu, apabila kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol, Singapura.

Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara.

Namun kelmarin orang yang bertanggung jawab membina dan memajukan jenama Bata sebagai satu jenama yang unggul di dunia, Thomas J. Bata meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu.

Mendiang bapanya Tomas Bata, merupakan pengasas dan orang yang bertanggung jawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894.

Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Antonin Bata, mereka bertanggung jawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi satu fenomena dalam industri kasut.




Thomas J. Bata, Anak kepada pengasas Bata yang mengembangkan jenama Bata ke seluruh dunia
Sejarah

Pada permulaannya mereka hanya beroperasi di sebuah ruang kecil dengan tenaga kerja seramai empat orang.

Namun hasil kesungguhan dan keupayaan mereka, kilang pertama Bata dibina pada 1900 dan agensi pertamanya di luar negara ialah di Jerman, negara-negara Balkan dan Timur Tengah pada 1909.

Perniagaan beliau semakin menguntungkan dengan tercetusnya perang dunia pertama pada 1914.

Syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih dua juta pasang kasut dalam setahun dengan lebih 10,000 pasang kasut dikeluarkan dalam masa sehari melalui 5,000 orang pekerja ketika Perang Dunia pertama berlangsung.

Bagaimanapun berikutan dari hutang yang berlambak akibat penghantaran yang tidak dibayar ke negara Austria Hungary (kerajaan yang baru ditubuh, Chechoslovakia tidak mengiktiraf hutang tersebut) mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran kepada 1,700 sehari dan mengambil beberapa langkah untuk menjimatkan operasi.

Bagaimanapun di bawah kepimpinan Tomas beliau banyak memperkenalkan revolusi baru dalam bidang pengurusan kilang serta banyak mempelajari teknik pengurusan dari pengeluar kereta terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Ford.

Beliau sememangnya terkenal dengan kesedaran sosiol yang tinggi terhadap pekerjanya malah turut mewujudkan sebuah bandar industri yang lengkap dengan kawasan perumahan, pendidikan malah wayang gambar untuk kegunaan para pekerjanya.

Ungkapan bekerja secara berkumpulan dan hidup bersendirian merupakan kata-kata semangat yang diperkenalkan Tomas dalam memberi semangat kepada pekerjanya.


Kilang kasut Bata di Czech

Malah beliau turut diberi gelaran Henry Ford Eropah Timur kerana menggunakan kaedah pengeluaran secara besar-besaran bagi menjimatkan kos pengeluaran.

Beliau juga melihat teknologi sebagai alat untuk memajukan lagi perniagaan dan mahu mengeluarkan kasut pada harga yang murah bagi membolehkan orang ramai mampu memilikinya sekaligus jumlah penggunaan kasut keluarannya meningkat berkali ganda.

Bagaimanapun beliau meninggal dunia pada 1932 setelah pesawat yang dinaikinya terhempas di Lapangan Terbang Zlin ketika cuba berlepas dalam keadaan cuaca buruk.

Pada ketika itu, syarikatnya Bata telah mengambil 16,560 orang sebagai pekerja, menguruskan 1,645 buah kedai kasut dan sebanyak 100,000 pasang kasut dikeluarkan dalam sehari menjadikan Bata sebagai pengeksport utama kasut di dunia.

Adik Tomas, Jan Antonin Bata kemudiannya dilantik untuk memimpin syarikat Bata dan di bawah pengurusannya beliau telah berjaya meluaskan lagi empayar perniagaan ke 63 negara serta terlibat dalam beberapa industri lain antaranya dalam industri tayar, tekstil, perlombongan, perfileman malahan pembuatan pesawat.

Beliau turut membangunkan beberapa bandar industri baru di serata dunia berdasarkan wawasan Bandar Harapan antaranya di Bataipora, Batatuba dan Bataguassu di Brazil serta di Perancis, Belanda, Belgium, AS dan India.

Sebelum Perang Dunia ke Dua tercetus, syarikat Bata telah mempunyai pekerja seramai 105,770 orang dan sebanyak 30 juta kasut telah dijual di lebih 30 negara.

Bagaimanapun akibat perang ini keluarga Bata terpaksa melarikan diri ke Kanada selepas tentera Nazi menjajah Czechoslovakia dan Antonin ditahan oleh pihak yang pro komunis selepas Perang Dunia Kedua tamat.

Kesemua industri Bata dimilik negarakan oleh kerajaan komunis mengakibatkan syarikat Bata terpaksa memulakan semula perniagaannya melalui syarikat milik mereka di luar negara.

Keadaan ini telah memaksa anak kepada pengasas Bata iaitu Thomas J. Bata memulakan operasi perniagaan mereka di Batawa, Toronto di Kanada sebelum melangkah lebih jauh dengan pembinaan kilang baru serta menjadikan kawasan ini sebagai ibu pejabat baru Bata.


Thomas J. Bata di kedai Bata Suria KLCC
Di bawah kepimpinan Thomas Junior, beliau telah memperkemaskan lagi sektor pemasaran, reka bentuk, peruncitan, pembuatan dan pengagihan menjadikan syarikat ini antara pengeluar kasut yang paling disegani di seluruh dunia.

Beliau juga melancarkan beberapa label baru bersesuaian dengan imej pasaran yang disasarkan bagi mempelbagaikan lagi industri ini.

Thomas akhirnya kembali ke negara asalnya yang kini dikenali sebagai Republik Czech pada 1989, dan membeli kembali syarikat Bata yang masih wujud di sana namun membuat keputusan untuk kembali semula ke Kanada.

Selepas dunia mengalami perubahan dalam pelaksanaan ekonomi sekitar tahun 1990-an, Bata turut menutup hampir kesemua kilangnya yang beroperasi di negara-negara maju seperti di AS, Perancis, dan England.

Tindakan ini mengakibatkan beribu-ribu peluang kerja terpaksa ditamatkan dan hanya mengekalkan rangkaian kedai untuk beroperasi di negara ini.

p/s : Bata ni kasut Legend... 


Sunday 9 December 2012

10 bangunan paling pelik di dunia

sesuatu yang menarik bagi gua dan mungkin menarik bagi lu jugak...

House Attack (Vienna, Austria )

Montreal Biosphere (Canada)

Crooked House (Sopot,Poland)

Guggenheim Museum (Bilbao, Spain)

Habitat 67 (Montreal, Canada)

Kansas City Library (Missouri,USA)

Stone House (Guimarães, Portugal)

The Basket Building (Ohio, USA)

Wonderworks (Pigeon Forge, TN, USA)

siapakah banduan yang cuba melarikan diri itu???


TAOTAUAJER - Rancangan meloloskan diri dari penjara dengan menebuk dinding itu adalah baik, tetapi berakhir dengan kegagalan.  Apabila tiga banduan telah menebuk lubang di dinding penjara Brazil dan
mula memanjat keluar. Namun #Fail apabila yang keluar dahulu tersebut adalah yang gemuk dan tersekat di dinding tersebut.


yang lain dah lepas cuma bahagian tu je yang tak lepas..siap gelak polis yang satu lagi




tulah kau, nak tebuk dinding, ukurlah perut dulu, kan pedih makan dia..

pernah anda ingat dengan permainan ini?? budak sekarang x main dah..


Harus menerima kenyataan bahawa Zaman Gemilang gua telah berlalu , cewah.. apa punya ayat.. anak - anak yang lahir pada tahun 90an dan 20an ternyata lebih 'advance' kerana mereka lahir dengan pelbagai kemudahan teknologi permainan.


dulu gua pernah mengamuk dekat mak gua sebab benda ni, sekarang lau belikan gua simpan je..
nak bagi kat budak2?? umph..jangan harap pandai main, baik bagi ipad katanya.


Gambar diatas juga tidak memerlukan pengunaan wayar charger ataupun Bateri , apa yang perlu ada masukkan Air sahaja . Cara bermain ada 1 butang tekan sahaja untuk tolak angin dan melonjakkan gelang , gelang tersebut akan terapung - apung dan jatuh kebawah , anda akan menang sekiranya gelang tersebut banyak masuk ke tiang yang lebih jauh dengan kuantiti gelang yang banyak.

kah3

asal usul ubat gigi darlie

Generasi baru mungkin tak tau benda nie sebab sekarang diorang guna ubat Gigi Darlie yang dah maju siap ada dwi-aksi lagi. Tapi bagi yang lahir sebelum tahun 90-an pasti teringat tentang ubat gigi ni yang dulunya dinamakan "Darkie"...


Darlie dahulunya dikenali sebagai Darkie adalah jenama ubat gigi yang dikeluarkan oleh syarikat Hawley & Hazel. Perkataan "Darkie" digunakan di Amerika dan Eropah merujuk kepada orang berkulit hitam dan dikatakan berunsur perkauman. Sebab tu nama tu ditukar kepada Darlie dan imej kat kotak pon dah bertukar. Darlie menjadi salah satu jenama ubat gigi popular di Taiwan sehingga hari nie.


just perkongsian..kah3

fakta sains yang jarang diketahui





1.      Bentuk air hujan tidak sama dengan bentuk air mata. Bentuk air hujan adalah bulat.

2.      Benda padat yang dipanaskan akan terus berubah jadi gas, tidak perlu jadi cecair lebih dahulu.

3.      Gorila tidur di sarang yang dibuat dari ranting-ranting pohon dan dedaunan.
Jantan biasanya tidur di tanah, sementara betina tidur di sarang di atas pohon.

4.      Sebagian besar proses pencernaan terjadi bukan diperut, tapi di usus halus.

5.      Cairan merah yang keluar dari daging stik setengah masak adalah bukan darah,
tetapi mioglobin, iaitu“sepupu” darah yang ada di gentian otot.

6.      Beg shopping dari kertas dan plastik sama-sama mempunyai sifat buruk.
Beg plastik susah diurai, sementara beg kertas memerlukan tenaga yang banyak semasa pembuatannya.

7.      Bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih. Kulit mereka juga bukan putih, melainkan hitam. Ketika berada di kawasan panas dan lembap, kulit mereka boleh menjadi warna hijau kerana lumut.

8.      Pemetaan lidah yang menentukan bahagian tertentu untuk mengecap rasa tertentu
itu adalah tidak benar. Seluruh rasa dapat dikecap oleh semua bahagian lidah.

9.      Ketika Anda hidup, otak berwarna merah muda. Ketika anda meninggal, otak berubah jadi kelabu.

10.  Merkuri bukan satu-satunya cairan metal. Gallium (Ga) berbentuk pepejal pada suhu ruangan,
tapi akan meleleh ketika diletakkan di tangan. Cesium (Cs) dan fransium (Fr) juga boleh
mencair di sekitar suhu bilik.

11.  Ikan Lumba-lumba tidak minum air laut. Mereka mendapat cairan dari
makanan yang mereka makan. Minum air laut boleh membuatkan mereka sakit, bahkan mati.


12.  Union Soviet adalah negara pertama yang berjaya mendaratkan pesawat di bulan. Tahun 1959, Luna 2 berjaya mendarat di bulan. Tahun 1966, Luna 9 juga mendarat di sana. Empat bulan kemudian, Amerika Syarikat baru berjaya mendaratkan pesawat mereka, Surveyor ..

Saturday 8 December 2012

masih ingat dengan kes sumpahan aisyah satu ketika dulu??

Aisyah masih hidup..

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.




Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.


PENULIS : Sebenarnya ini kerja syaitan laknatullah. melalui gambar itu Syaitan menjalankan kerjanya dengan meninggalkan kesan kesakitan pada mata dan kepala bagi sesiapa yang melihat dan merenung mayat Aishah dalam gambar di atas... tak percaya??? cuba sekali lagi... anda akan merasakannya... tetapi setelah anda membaca 'Audzubillah...' kesan itu tidak akan berlaku.. inilah yang uniknya di sini.. ada kumpulan syaitan yang sedang bekerja untk melahirkan kesan tersebut... Subhanallah Allahuakbar!