Pages

Tuesday, 19 February 2013

sejarah pekan selising




mitos asal nama


Nama kampung ini diambil sempena nama sebuah pokok yang dikenali sebagai "Pokok Selising" yang terdapat banyak di kampung ini pada suatu masa dahulu. Mengikut seorang pendudukan bernama Mek Pit (Puan Wee Kui Gut, umur 89 tahun pada 2012 isteri kepada arwah Pak Ya yang tinggal di rumah No. 1470, Selsing) daun Selising di gunakan sebagai bahan membuat tikar oleh orang tempatan. Tetapi jenis tumbuhan ini sudah lama tidak kelihatan di pekan ini lagi.
Berdekatan dengan Pekan Selising terdapat sebuah bukit kecil yang bernama Bukit Jawa. Di Bukit Jawa, terdapat sebuah gua gelap yang pada suatu ketika dulu dikaitkan dengan Puteri Saadong. Mitos Puteri Saadong yang dikatakan menetap di Bukit Marak di Daerah Bachok telah menjadikan Bukit Jawa sebagai tempat penginapan nya. Dalam gua ini, dikatakan terdapat pinggang mangkuk yang disimpan oleh penjaga Puteri Saadong. Apabila mahu mengadakan kenduri, orang kampong akan pergi ke gua ini unutk meminjam pinggang mangkuk dari Puteri Saadong. Tetapi,apabila orang kampong tidak kembalikan apa yang dipinjam, Puteri Saadong kecewa dengan perangai orang kampong dan terus tinggalkan gua ini.
Kini, gua ini dipenuhi dengan najis kelawar dan amat licin dan berbahaya. Bau amonia dari najis kelawar ini amat tidak menyenangkan dan gua ini gelap gulita. Terdapat satu batu besar yang akan rata dalam gua ini. Orang kata itulah tempat tidur Puteri Saadong. Bagi yang berminat, tanyalah orang kampong di Bukit Jawa untuk menunjukan jalan masuk ke gua ini.
Disarankan pihak kerajaan tempatan mengguna penuh kesempatan gua ini sebagai tempat peranginan pelancong tempatan.


selising


Pekan Selising merupakan sebuah pekan yang terletak dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia. Pekan Selising dilengkapi dengan Balai Polis, Pejabat Pos, Pusat Kesihatan, Stesen Minyak, Masjid, KADA, Padang Bola. Pekan Selising sebagai pusat perhentian/persimpangan Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu dan juga dari Pekan Kok Lanas.

Secara keseluruhannya., Selising adalah sebuah pekan Melayu yang terletak diantara Kota Bharu dan Pasir Puteh. Namun, dari segiu sejarah pekan Selising telah menjadi satu tempat tumpuan kaum Cina sejak sebelum Perang Dunia ke 2 lagi. Antara Kota Bharu dan Pasir Puteh, selain dari Peringat, Melor (lebih dari 10 keluarga), Danan (2 keluarga), Bukit Abal (2 keluarga ) , Padang Pak Mat dan Kg Kelubi, Selising juga menjadi tumpuan beberapa peniaga kecil Cina yang turut menyumbangkan perkhidmatan kedai runcit, kedai basikal dan tayar basikal, kedai getah, kedai emas , kedai kopi , kedai jahit, dan juga kedai jualan pakaian dan kasut. Walaupun ia pekan kecil, tetapi secara asasnya pekan ini menyediakan bekalan keperluan harian yang mencukupi.
Selising menjadi pusat tumpuan orang kampong berdekatan temasok Kedai Menanti, Bukit Jawa, Banir Belikong, Alor Hijau, Lepah, Banggol, Bukit Bidan, Bukit Merbau dan lain-lain. Namun sejak tahun 1990an kemajuan ekonomi dan pembangunan jalanraya serta kebolehan memiliki kenderaan sendiri dikalangan penduduk berdekatan telah telah mengurangkan peranan Selising sebagai pekan utam di kawasan ini. Padang bola yang luas ditengah pekan ini bukan sahaja merupakan "green lung" kepada pekan ini, malah padang bola ini telah banyak meyumbang kepada perkembangan warisan tradisi serta pusat utama kerajaan menyampaikan berita dan laporan kemajuan semasa. Pekan Selising adalah antara tempat yang terunggul bagi persembahan berdikir barat , wayang kulit dan juga perlawanan bola sepak.

Apa bila wayang kulit, mak yong atau berdikir barat diadakan, orang kampong dari beberapa kampong berkedakatan akan berpusu -pusu ke padang boleh untuk menyaksikan persembahan ini. Pada zaman 1960 an, apa bila penganjur dikir barat atau wayang kulit mahu mengadakan persembahan tersebut, padang ini akan dipagarkan dengan plastik putih dan orang ramai perlu bayar tiket untuk menyaksikan berdikir barat dan wayang kulit. Tak kurang juga penjaja-penjaja yang menjual kacang putih, kuih-kuih, minuman dan lain-lain akan membina gerai-gerai sementara mereka semasa persembahan ini diadakan.

Berdikir barat lazimnya diadakan selepas musim menuai padi. Pada masa itu, padi hanya dituai setahun sekali. Petani yang habis musim padi akan mengadakan dikir barat, main gasing, main wau bulan dan lain-lain aktiviti termasok melaga ikan sepilar. Kadang kala, tukang karut dikir barat dari Selatan Thailand juga turut dijemput. Dahulu, orang Kelantan merujk Selatan Thailand sebagai "barat". Orang Kelantan akan pergi ke Kedah melalui "barat" ia itu selatan Thailand untuk membantu petani Kedah menuai padi. Sejarah Thailand menyatakan wayang kulit dan dikir barat berasal dari jajahan Pathalung, is itu jajahan sawah padi lebih kurang 80 km utara kepada Hatyai. Ini mungkin benar kerana nama dikir barat merujuk kepada "barat" ia itu Selatan Thai.
Walaupun pun elektrik masih belum ada pada tahun 1950 an dan awal 1960 an, orang ramai tetap datang. Pelita ayam , lilin dan juga lampu-lampu pam minyak tanah turut digunakan untuk mencerahkan padang ini. Apabila adanya bulb lampu, penjana elektrik (generator) petrol telah digunakan untuk menjana elekrtik untuk mencerahkan padang ini. Suasana dipadang begitu menjadi meriah seperti berpesta.

Padang Selising ini juga digunakan oleh Jabatan Penerangan untuk menunjukkan wayang gambar percuma. Kain layar putih akan di dirikan ditengah-tengah padang dan sebelah malam, van dari Jabatan Penerangan akan menayangkan gambar-gambar. Bagi orang kampong masa itu yang belum mempunyai TV, inilah hiburan yang terbaik bagi mereka. Mereka akan keluar beramai-ramai dan membawa tikar bersama mereka sebagai alas duduk. Lazimnya, sebelum tayangan gambar, Jabatan Penerangan akan tayangkan filem-filem gambar mengenai pembangunan atau propaganda kerajaan. Antara filem yang paling di gemari masa itu ialah filem P Ramlee, Jin Shamsuddin, Saadiah dan Soloma. Namun, ini sudah tidak lagi dilakukan sejak akhir tahun 1970 an apabila TV berwarna telah menjadi satu perkara biasa dikalangan masyarakat. Wayang kulit dan dikir barat hampir pupus masa itu sebab orang ramai tidak lagi berminat dengan jenis hiburan ini. Boria yang disiar dalam TV lebih menarik minat orang ramai dari dikir barat.

Pada tahun 1950 an, terdapat satu kebakaran besar yang memusnahkan berderetan rumah dan rumah kedai di pekan ini. Maka, pada masa itu Urban Development Authority (UDA) telah membina berpuluh puluh unit rumah kedai yang berjenis rumah kedai papan yang menjadi asas pekan Selising yang sedia ada. Mangsa-mangsa kebakaran tersebut telah diberi peluang untuk mencabut undi lot-lot yang dibina. Tetapi rumah-rumah kedai ini bukan diberi percuma, mangsa-mangsa kebakaran tersebut dan juga lain-lain penduduk perlu membayar harga rumahkedai baru tersebut secara ansuran berpuluh tahun. Rumah-rumah kedai tersebut masih digunakan sehingga hari ini walaupun beberapa rumahkedai papan tersebut telah diroboh dan dibina semula dengan konkrit.

Selising, dari segi tempat hiburan yang sihat boleh dianggapkan lebih maju dari kebanyakan kampong dan pekan lain pada zaman 1960 an kerana pekan ini mempunyai satu panggung wayang yang dikenali sebagai Panggong Kiew. Ia dinamakan sempena nama tuan panggong ini yang bernama Kiew (nama sebenar Koh Boon Chiew –arwah yang sudah meninggal berpuluh tahun dulu). Kita tidak dapat tahu secara tepatnya mulai tahun berapakah Selising mempunyai panggung wayang gambar.

Panggung ini tidak menayangkan gambar setiap hari. Ia hanya ditayang gambar jika ada gambar yang baik. Gambar-gambar yang ditayangkan lazimnya gambar Hindi dan gambar Melayu. Antara gambar Hindi yang sohor masa itu ialah Sangam dan Bobi, bintang filem Hindi seperti Asha Paresh, Sashi Kapoor dan Raj Kapoor mempunyai ramai peminatnya. Panggung Kiew akan hantar lorinya yang dilengkapkan dengan banner gambar serta alat pembesar suara meronda ke kampong -kampong memberi tahu orang ramai mengenai gambar yang akan ditayangkan.
Panggung ini juga akan edarkan "circular" yang disebut "sekelar" oleh orang tempatan mengenai cerita serta gambar pelakun utama filem yang akan ditayangkan. Pelakun utama ini lazimnya dikenali sebagai “kepala cerita”. Itulah cara orang kampong diberitahu mengenai filem yang bakal di tayangkan. Harge tiket pada tahun 1960 hanya 20 sen seorang.

Panggung ini , walau pun di pagar, tetapi adalah jenis "open air" kerana tiada bumbung. Satu amalan yang unik yang diamalkan oleh panggung Kiew ini ialah, jika ia hujan semasa tayangan gambar, tayangan gambar akan dihentikan dan penuntun-penuntun yang simpan kaki tiket boleh datang balik hari keesokan untuk tengok filem itu sekali lagi tanpa perlu bayaran lagi. Bangku duduk adalah bangku papan . Menuntun filem dipanggung ini adalah menarik kerana setiap tumbukan pelakun utama keatas watak antagonis akan diikuti dengan sorakan besar. Walau pun ringkas kemudahan panggung ini, meononton ia adalah mencukupi untuk memberi hiburan kepada orang kampong masa itu. Pada tahun 1950 an, sebuah sekolah rendah Cina yang bernama Sekolah Jiao Kwang di pekan ini terpaksa di tutup kerana tidak cukup pelajar Cina di kampong ini. Tapak asalnya sekarang terdapat antara jalan utama dan belakang klinik Selising. Selepas itu, Sekolah Kebangsaan Rendah Bukit Jawa dibina lebih kurang dalam akhir 1960an atau awal tahun 1970an.

wikipedia..hahahah

1 comment: