Oleh : MOHAMAD FIKRI ROSLY
khasiat minyak zaitun memang diketahui ramai. sejak turun temurun lagi pakar2 perubatan, pemakanan dan kosmetik mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan seharian.
Pengambilan rutin minyak zaitun dipercayai dapat mengelak penyakit kardiovaskular, kanser, masalah penghadaman dan penuaan. dan ia juga berkhasiat untuk bayi dalam kandungan dan kanak2 yang sedang membesar.
Menurut pakar perubatan nuklear dan radiobiologi, Dr. Yahya R. Laleli, khasiat minyak zaitun telah diperakui dan disahkan menerusi pelbagai kajian di seluruh dunia. pengambilan dua sudu setiap hari dapay mengurangkan risiko penyakit koronari jantung kerana kandungan lemak tidak tepu mono yang terkandung didalamnya.
Buah yang diberkati
Firman Allah Taala. "demi buah tin dan buah zaitun....." (surah at Tin ayat1)
minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. ini disebut di dalam Al Quran suran An-Nur:35
"...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula disebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api..sumber- alshiffa.blogspot
Hadith
daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Minyak zaitun untuk tujuan perubatan
minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi memastikan kadar asid yang rendah. hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit . minyak ini dikenali pasaran sebagai "virgin olive oil". minyak zaitun dara atau ekstrak pertama. minyak zaitun yang terbaik didunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. ini kerana di dalam surah At Tin, menurut tafsiran imam Hasan al Basri RA: Tin : sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun. Zaitun : sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis... kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam..
kegunaan minyak zaitun
1. untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah: disapu diwajah sebelum tidur.
2. untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur. sapu pada jerawat dan parut.
3. untuk pesakit lutut. athritis dan sendi2 yang sakit. diletakkan dikapas lalu dibalut pada lutut ( atau mana2 sendi yang sengal) sebelum tidur.
4. leukimia. dibaca Ruqyah saratan diminum satu sudu 1jam sebelum makan apa2 paling kurang 40 hari.
5. kanser. dibaca ruqyah saratan dan sentiasa disapu pada anggotan terkena kanser contohnya kanser payudara sapu di payudara, kanser otak disapu dikepala, dll..
6. Gastrik.
7. masalah penghaman. masalah usus, sakit perut, cacing dan angin dll..
8. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi masalah gigi dan gusi.
9. Anti semua kanser, sakit jantung dan 1001 penyakit. DIGUNAKAN SEBAGAI MINYAK MASAKAN UTAMA..CER TENGOK DALAM RANCANGAN MASAKAN SEPERTI AFC ASTRO, SEMUA MINYAK ZAITUN BEB..
10. melebatkan rambut. Dijadikan minyak rambut utama. Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama Nabi s.a.w. Antara sifat nabi adalah rambutnya sentiasa berminyak (minyak zaitun)
11. Tenaga batin yang power beb.. dan membantu melicinkan proses persetubuhan. Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin. disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.
facebook: Mirol Nik Mat