Pages

Monday 28 May 2012

sebab kenapa lelaki tidak sesuai jaga anak..

pendapat guala, pmpuanlah yg amat ssuai bila nak jaga anak..
kalau bg kat orh lelaki yg jaga ni lah akibatnya...zasss
yang ni xbleh tahan beb..besar ni pun dah ajar main game



lau cam nilah cara dan gurauannya, molek benarlah bagi kat pmpuan je..disini

Tuesday 22 May 2012

mayat tidak diterima di bumi di sintok.

percaya atau tidak, pada mulanya gua pun x percaya tp akhirnya gua akur...


 

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di chanlong pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama chanlung dekat uum .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. 

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. 

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. 

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. 

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, 

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan?
apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.
gua pom terkena jugak macam korang! best apa hahaha

Sunday 20 May 2012

keunikkan penyokong kelantan

macam biasa beb, boleh dikatakan setiap kali kelantan masuk final tidak kiralah piala apa-apa
pun asalkan diatas nama kelantan gua memang confirm join skali.


Berbekalkan kamera yang digital, nak beli yang nikon yang boleh pulas2 tu gua x mampu maklumlah studentla katakan.  sambil2 berjalan 2 adalah sikit2 tangkap gambar.

Yang copy past pun ada sikit, so saksikan jelah..hahaha









yang ni dah macam obina dah gua tengok..kah3 lau tuan dia tengok mampus aku..

yang paling cute skali, adik ni.. young red warior..



hahhaa, mek!!! ore masuk tv...






apabila orang gedebe tengok bola, cam nilah rupanya..kah3




pemain baru kelantan "rabain nwoha"..nwohahahaha


fuh... aweks2 pun ada..cun gilerr, ni lah yang membuatkan gua xsabar nak kahwin.


yang ni xsilap gua wakil dari uum..meme semangat rr 



tp yang paling gua suka tengok..yang gambar yang last ni lah..comel2 sungguh gadis2 kelantan ni..hahahah

Wednesday 16 May 2012

cara gunting rambut paling bijak.

dah lama bebeno x update ni.. sebelum lu orang golek ke bawah lu punya penggolek yang ada kat mouse korang, atau pun tekan anak panah lu orang ke bawah.  gua nak nasihat lah sikit, lau boleh jangan tiru aksi ini beb, nak2 time bapak korang yang suruh korang tlg gunting rambut.



lau pegi saloon biasanya amoi pakai penyembur, yang ni x payah.. just ambil air dalam cerek or kendi je..mesti air panas2 suam beb bagi lembut sikit..kah3


ok dah lembut meh sini gua tolong kasi gunting rambut lu..xmainlah gunting2 ni beb..tgk molek-molek apa yang dia guna.


lu orang nampak x? memang tekun beb, guntingan yang penuh dengan rasa kasih sayang yang di belai-belai dengan "sadat" bab kata orang kelantan, maksudnya sabit la yang orang nak potong padi tu..

perghhh... stim giler gua tengok pak cik tu!!! pejam mata rapat beb..x ngilu ke pak cik oiii
kan habis secopeng telinga tu..


serius beb, gayat gua tengok.. gayat bukan apa, takut terparas hidung.


sikit lagi, dah nak siap dah.."menonye" sampai pakcik tu tahan sakit x pom tahan geli.


jangan gerak-gerak ye ayah..nanti terparas telinga pulak xpasal2 jadi macam arbok pulak.


k dah siap dah, nasib baik selamat kepala pak cik ni, lau pegi saloon ni, dah sah2 atas rm 200 ni.. kah3


Friday 4 May 2012

sedikit ulasan tentang kemenangan kelantan

Kelantan Ajar Sang Singa Erti Bolasepak Sebenar


Finalis Piala FA, Kelantan membuktikan betapa mereka berada di kelas tersendiri apabila bersahaja menjinakkan pendahulu Liga Super, Lions XII, 3-0 di laman sendiri sebentar tadi.

Nyata, reputasi Lions selaku pendahulu liga dengan kelebihan 5 mata sebelum sepak mula perlawanan bukanlah sesuatu yang bisa menggentarkan pahlawan The Red Warriors yang mengajar anak buah V.Sundramoorthy erti bolasepak sebenar dengan memperaga aksi bolasepak menghiburkan sekaligus menghadiahkan kekalahan ketiga keempat dan terbesar musim ini buat pasukan dari negara jiran itu.

Tiga gol cantik, satu masing-masing jaringan S.Chanturu, Norfarhan Mohd dan pemain pertahanan, Rizal Fahmi Rosid sudah cukup untuk Kelantan berpesta malam ini, seterusnya mengurangkan defisit mata kepada hanya dua, selain memiliki kelebihan tiga perlawanan dalam tangan.





Dikenali sebagai pasukan yang cukup ampuh di barisan pertahanan, Lions sebenarnya terjerat dengan taktikal yang memakan diri apabila tersilap menduga akan kekuatan jentera serangan skuad Kelantan yang turun tanpa kelibat Mahmoud Ghaddar – sebaliknya empat serangkai di barisan depan diketuai Norsharul Idlan dan Norfarhan, dibantu aksi lincah Nurul Azwan dan Chanturu bergilir mengucar-kacirkan pertahanan mereka.

Gol Chanturu pastinya layak dinobat antara yang tercantik dalam saingan liga musim ini, sepakan akrobatik selepas menerima hantaran lambung Norsharul, manakala Norfarhan dengan sentuhan penyudah tenang sekaligus menambah pening kepala Bojan Hodak di dalam mencatur kesebelasan terbaik untuk perlawanan akan datang. Rembatan bak peluru Rizal, pastinya mengingatkan kita kepada pemain dengan gelaran ‘Keto Keba’ Kelantan suatu masa dahulu, Roslisham Mohd Nor (juga no.17).

Menariknya, tiada seorang pun dari 10 pemain tempatan di atas padang - baik Awe mahupun Chanturu, baik Shakir mahupun Badri Razi, baik Norsharul mahupun Norfarhan, baik S.Subramaniam, Farisham Ismail  mahupun Rizal Fahmi layak untuk dipanggil ke kem kebangsaan (kalau dipanggil pun duduk di bench sahaja), namun mereka berupaya menjinakkan lawan yang skuad Rajagobal tercungap-cungap untuk tundukkan (walaupun ini bukan full skuad Singapura).
Kredit buat Bojan yang mana bertindak bijak menyusun line-up serba menjadi dengan taktikal menyerang yang sebenarnya hampir membuahkan hasil seawal minit keempat menerusi sepakan penalti yang gagal disempurnakan Norsharul – malah rindu peminat TRW untuk menyaksikan kelibat penyerang kesayangan mereka 7 tahun lalu, Azlan Ismail juga terubat apabila pemain itu akhirnya mempamer aksi pada minit akhir permainan.

Apapun, skorline mungkin berbeza jika tidak kerana ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di gawang Kelantan, sekaligus membuktikan kredibilitinya selaku penjaga gol nombor satu negara. Khairul Fahmi atau Apek, menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 percubaan on target lawan, dan meyakinkan ramai betapa dia sudah kembali ke kemuncak prestasi selepas sekian lama tersisih akibat kecederaan.

Kelantan bagaimanapun pastinya sedar dengan aksi konsisten yang ditunjukkan ketika ini, harapan peminat bukan sahaja tertumpu di dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Super dengan baki 11 perlawanan untuk diharungi, tetapi juga misi penting menjulang Piala FA dalam percubaan ketiga mereka dalam tempoh empat tahun – selepas gagal pada 2009 dan 2011.

Tatkala lawan yang menanti di final – Sime Darby – boleh dilabel sebagai underdog, Bojan pastinya tidak mahu tersilap menduga kekuatan skuad Giant Killer dari Liga Perdana itu, dan apa yang dituntut pastinya aksi bertenaga dari kesemua pemain, dalam usaha mereka mencatat sejarah baru bolasepak tanah air, sekaligus membuktikan betapa anasir-anasir luar tidak sedikitpun mengugat fenomena bolasepak di Kelantan.  

mayat-mayat pendaki gunung everest

gunung everest merupakan salah sebuah gunung yang yang tertinggi, kira-kira disana mempunyai lebih kurang 200 mayat.


mayat-mayat ini merupakan pendaki2 yg dikatakan tidak berjaya untuk menawan puncak gunung tersebut.  namun begitu mayat2 tersebut tetap ditinggalkan disitu kerana amat mustahil untuk mengalihkannya..dan kebanyakkan mayat kelihatan sama sahaja kematiannya...








mayat2 yg mati kelihatan sama sahaja kedudukannya,  diantara mereka mereka sudah bertahun ditinggalkan disana, manakala yang berkasut hijau ini dikatakan sejak 1996 lg.












gambaran gualah seperti mereka ni sedang berehat, berehat yang tidak bangun2.




ni plak antara mayat yg sempat di bawa pulang

manakala yang ni pulak, yg menjadi kebanggan rakyat malaysia,