Pages

Friday 23 November 2012

tips untuk berkenalan


TIPS UNTUK BERKENALAN

(terutamanya bagi lelaki yang nak mulakan langkah pertama dalam proses pengurattan)


Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan.

Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan.

Namun ada beberapa cara berkesan yang boleh diaplikasikan jika anda mahu memulakan perkenalan dengan seseorang. Bagaimanapun anda perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana tidak semestinya semua salam perkenalan itu akan bersambut.

SO, BG GUALA YANG PALING-PALING PENTNG SEKALI ADALAH (NO 1)


1. Bersedia untuk ditolak
Bukan semua orang selesa apabila ada seseorang yang tidak mereka kenali menghulurkan salam perkenalan. Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.

Oleh sebab itu sebagai lelaki anda jangan sesekali tersalah sasaran kerana ia hanya akan membuatkan anda malu pada diri sendiri. Dalam aspek ini anda perlu bersedia jika kehadiran anda tidak disenangi dan akhirnya ditolak.

Namun itu tidak bermakna anda tidak cukup bagus untuk menjalinkan hubungan dengan mereka. Mungkin dengan orang lain, salam perkenalan yang anda hulurkan akan bersambut jika ianya kena dengan situasi atau status seseorang itu.

2. Buang rasa malu
Kebanyakan lelaki atau wanita gagal untuk memulakan perkenalan yang baru di dalam hidup mereka kerana memiliki rasa malu yang sangat tebal

Perasaan itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu. Apatah lagi jika anda malu tidak bertempat atau untuk perkara yang seharusnya anda tidak perlu malu.

Cubalah bersikap terbuka kerana sikap sebegitu membuatkan orang lain selesa untuk mendampingi anda. Malah lelaki atau wanita paling suka jika pasangan mereka bersikap positif dan terbuka dengan apa sahaja situasi yang mereka lalui.

3. Belajar memahami
Sebagai lelaki mereka perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita dengan salam perkenalan yang dihulurkan. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.

Namun jika wanita tersebut berusaha melarikan diri daripada anda dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah, jangan sekali-kali mendesak. belajar menerima keputusan yang dibuat olehnya.

Sementara itu bagi golongan wanita pula, anda mestilah menunjukkan sikap sabar di dalam perhubungan yang terjalin. Lelaki tidak suka dengan wanita yang gelojoh kerana beranggapan wanita sebegitu sebagai murah atau sudah terdesak untuk mencari calon suami.

4. Ingat nama dan simpan nombor telefonnya
Tidak kira lelaki atau wanita, anda jangan sekali-kali lupa akan nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.

Itu membuatkan mereka akan berkecil hati walaupun hakikat sebenarnya anda sangat teringin untuk mempereratkan perhubungan yang baru terjalin. Selain itu anda juga perlu menyimpan nombor telefonnnya.

Maklumlah jika si dia menghantar SMS kepada anda, tidaklah anda tertanya-tanya siapa yang menghantarnya. Jika anda membalas SMS tersebut dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan.

5. Bersikap positif
Di dalam proses menjalinkan perhubungan yang baru, sikap positif dan saling bertolak ansur sangat penting. Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya.

Manakala golongan lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya. Maklumlah anda berdua baru sahaja perkenalan. Jadi tidak perlulah anda menjaganya mengalahkan ibunya sendiri.

Di dalam aspek ini anda berdua perlu bijak menjaga hati masing-masing dan belajar untuk memahami karektor teman baru anda. Berikan dia masa untuk menyesuaikan diri dengan anda dan percayalah sikap sabar yang anda tunjukkan itu pasti berbaloi pada masa yang akan datang

kredit

igauan israel menjadi realiti

idf mourning casualty Igauan Israel menjadi realiti...
bagaimana tentera zionis meratap kematian


Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.

Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.

Apa tidaknya ?

1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem   (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.

2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam

3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu

israel f16 Igauan Israel menjadi realiti...

4-Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama  juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.

5-Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.

6-Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.

7-Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.

8-Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.

9-Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.

Ingatilah firman Allah swt :

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -

Surah al-Imran ayat 54

“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar….kredit

pemuda al qassam- pencinta syahid

Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

izzudin al qassam Kenali Panglima Izzuddin al Qassam

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama’ yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.
Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

“Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin,” katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000
orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka….Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin

kredit

Thursday 8 November 2012

kanak-kanak perempuan yang paling berani
























pemenang anugerah pondan cantik sedunia

Sekarang ni dah bermacam- macam dah berlaku, gua pun pening
yg xtahannya, macam mana diorang boleh jadi "semolek" ni..
amcam lalu x? kau jangan yoobb..

bapok pondan ponen

bapok pondan ponen



bapok pondan ponen

jangan kata lalu wey..

kredit

Saturday 3 November 2012

kenderaan yang digunakan oleh pengedar dadah terbesar di mexico

kalau benda ada kat malaysia, gua rasa...rasa macam xde rasala..kah3





 








 









siap dalam tanah lagi tu beb..


sejarah: "simo hayha" lagenda sniper terhebat

Diantara sniper-sniper legenda di dunia dunia, nama Simo Hayha merupakan salah seorang sniper yang paling berjaya.




Namanya mungkin tidak terkenal seperti sniper Soviet Union iaitu Vasily Zaitsev yang kisahnya diangkat dalam film “Enemy at The Gates”.

Namun Simo Hayha merupakan pahlawan Finland yang gigih dan tidak pantang menyerah dalam menghadapi penjajahan besar-besaran Tentera Merah Soviet (Red Army) terhadap negaranya.


Sebuah pertempuran yang juga digelar “David vs Golliath”.

Dalam perang tersebut Simo Hayha berhasil mengukirkan namanya sebagai sniper paling berjaya dengan membunuh 542 tentera merah Soviet dalam waktu hanya 100 hari, sebuah rekod fantastik untuk seorang sniper.

Dengan kemampuan yang dimilikinya dia digelar “White Death” oleh tentera Soviet (musuhnya).


Gambar berkumpulan Simo Häyhä semasa 'Conscription Service' sebelum Perang Musim Sejuk

Simo Hayha lahir pada tanggal 17 Disember 1905 atau 1906 di sebuah bandar Rautajärvi, Finland berhampiran sempadan Soviet Union.

Sebelum itu, Simo Hayha menghabiskan sebagian besar waktunya untuk berburu dan bertani.

Pada tahun 1925, Simo Hayha bergabung dengan angkatan bersenjata Finland untuk memenuhi panggilan wajib militer (tentera finland).

Di saat perang musim dingin pecah pada tahun 1939 antara Finland dengan Soviet, Simo Hayha bergabung dengan Pasukan 6 Jaeger Regiment 34.

Pada saat itulah Simo Hayha memulai tugasnya sebagai seorang sniper.

digelar sebagai “White Death” oleh musuhnya

Pertarungan antara tentera Finland dengan Tentera Terah Soviet (Soviet Red Army) di sepanjang Sungai Kolla merupakan salah satu pertarungan heroic bangsa Finland, dimana 32 tentara Finland harus menghadapi 4000 tentera Soviet.

Pada saat itu pula Simo Hayha berhasil menembak 542 tentera Soviet dan menjadikan perbukitan di sepanjang sungai Kolla sebagai “Killer Hill” bagi tentera Soviet.

Dia bertempur dalam kondisi suhu yang sangat ekstrim antara -20 sampai -40 darjah Celsius dengan pakaian kamuflase berwarna serba putih.

Simo Hayha menggunakan senapang M28 dalam aksinya, yang merupakan variasi dari senapang Mosin Nagant Soviet.

Simo Hayha pada 1942

Apa yang unik dan hebat adalah Simo Hayha tidak pernah menggunakan scope (teleskop) seperti yang biasa sniper gunakan pada umumnya.

Tapi dia hanya menggunakan besi pembidik (Iron Sight) untuk membidik korbannya dan masih dapat menembak dengan tepat sampai jarak lebih dari 400m.

Tentunya bukan tanpa alasan bahawa dia tidak menggunakan teleskop untuk membidik, dia berpendapat bahwa lensa teleskop dapat memantulkan cahaya matahari yang dapat membongkar penyamaran seorang sniper.

Selain itu cuaca dingin boleh menimbulkan embun pada lensa teleskop yang dapat mengganggu bidikan.

Suomi K-31 SMG & Mosin-Nagant M28

Simo Hayha juga menggunakan senapang Suomi K-31 SMG (Small Machine Gun) dalam aksinya dan menurut sumber yang tidak diketahui, dia telah membunuh hampir 200 tentera Soviet menggunakan senapang ini.


pernah ditembak di kepala

mungkin anda tertanya-tanya mengapa foto diatas wajah Simo agak pelik?.

Pada tanggal 4 Mac 1940, nyawanya hampir melayang setelah rahangnya dihentam sebuah peluru.

Peluru itu menghancurkan wajah sebelah kiri Simo, kawan satu pasukannya pun sempat mengatakan "Setengah wajahnya hilang!!" ketika mereka menolong Simo.

Dia mengalami koma hingga akhirnya dia tersedar tujuh hari kemudian, tidak lama setelah perang berakhir.

Simo Hayha pada 1940

Atas jasanya yang besar,pangkatnya dinaikkan dari koperal kepada leftenan I oleh Field Marshal Carl Gustav Emil Mannerheim, pemimpin tertinggi militer Finland pada ketika itu.


Simo Hayha ketika usia tua

Simo Hayha meninggal dunia pada tanggal 1 April 2002 pada usia 96 tahun.

Ketika di temubual pada tahun 1998 bahawa bagaimana dia boleh menjadi penembak yang baik? dia menjawab : 

Quote:
"Practice".

Ketika dia ditanya apakah anda menyesal telah membunuh ramai orang? dia menjawab :

Quote:
"I did what I was told to as well as I could".


arak paling wtf made in india

arak yang dinamakan air kencing lembu





woi lu tengok tu woi...mmg btul2 wtf beb



proses pengarakkan..kan3







ok...siap, agak2 lu orang mau cuba ke??
gua rasa lepas minum confirm "berak" sambil berdiri..

sumber