Pages

Tuesday 14 May 2013

wanita punggung dan paha yang besar kurang risiko sakit jantung


LONDON – Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.

Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.


Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.

“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. – Agensi

Friday 26 April 2013

Dua orang inilah yang menyebabkan perang dunia ke-2 tamat dengan dahsyat

Mungkin korang tidak kenal akan dua orang nie tetapi pasti korang pernah terbaca dan dengar tentang Pengeboman Hiroshima, Nagasaki yang menyebabkan banyak kemusnahan dan pembunuhan orang jepun. Dimana satu bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah musnah dalam pengeboman atom oleh Amerika Syarikat pada Perang Dunia II pada tahun 1945. Siapakah mereka berdua ini?





Kalau korang nak tau dua orang individu didalam gambar diatas lah yang menyebabkan Perang Dunia Kedua tamat secara mendadak

Berdasarkan gambar di atas yang disebelah kiri ialah Maj. Thomas Ferebee dan disebelah beliau ialah Capt. Kermit Beahan. Maj. Thomas Ferebeeialah individu yang menjatuhkan bom atom Little Boy dari Enola Gay keatas Hiroshima. Capt. Kermit Beahan pula menjatuhkan bom atom Fat Man dari pesawat The Great Artiste keatas Nagasaki. Sekarang anda tahu siapa mereka.


Pesawat Boeing B29-Enola Gay yang menjatuhkan bom atom Little Boy


Pesawat The Great Artiste menjatuhkan bom atom Fat Man




Fat Man.. bom atom yang di gugurkan di nagasaki





 Selapas perang dunia kedua nama mereka tidak pernah disebut dan menjadi misteri apabila nama krew yang mengakhiri perang dunia kedua lenyap dari catitan sejarah? Hasil daripada penguguran 2 bom tersebut meragut hampir 300 000 nyawa. Banyak tu, semoga kejadian seperti ini tidak akan belaku dan jika berlaku maka selepas perang dunia ketiga bakal tercetus dan tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu .

thanks

bahaya pakai bra dan seluar dalam semasa tidur

Pernah tak korang dengar tak elok kalau memakai memakai bra dan seluar dalam ketika tidur ? Hasil Penyelidikan di Sydney, Singer menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.



Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

Bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Ok beringat tau! nampak macam remeh jer tetapi kesannya boleh membawa padah kepada diri kita, mohon share kepada orang yang tersayang supaya mereka tahu akan bahayanya  memakai memakai bra dan seluar dalam ketika tidur.

source

masih ingatkah anda dengan tragedi "hiroshima" malaysia? (7 mei 1991)


Thursday 25 April 2013

fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang mandul


Untuk jejantan semua, mari ketahui punca kemandulan. Jangan kecewakan gadis IMPIAN ANDA!



"viganella" itali kampung yang mencipta matahari sendiri


Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.

Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.

Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!

Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.

Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.

Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!






Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.

Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.






Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.

Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.

” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.

source


kenapa wanita suka merajuk


Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

__________________________________________________________________________________
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak
berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

sumber

Sunday 24 March 2013

Asal usul jenama Adidas

Sejarah jenama kasut yang sangat terkenal ini dimulai pada tahun 1920 oleh Adi (Adolf) Dassler di kawasan cuci milik Ibunya. Waktu itu Adi Dassler membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut sukan. Kerana tingginya kualiti kasut yang dihasilkannya, akhirnya bisnes kecil-kecilan tersebut mula membuahkan hasil. Pada tahun 1924, Adi Dassler dan saudaranya Rudolf Dassler mendirikan “Dassler Brothers OGH” .

http://www.oxyathletics.com/images/adidas_logo.jpg


Komitmen Adi Dassler pada kualiti, membawa Dassler Brothers sebagai pengilang kasut berkualiti tinggi, sehingga sering dipakai oleh atlit-atlit legenda masa itu untuk Sukan Olimpik. Puncak kegemilangan kasut Dassler Brothers adalah ketika Jesse Owen menjadi atlit paling berjaya pada Sukan Olimpik Berlin pada tahun 1936 dengan menggunakankasut buatan Dassler.

http://whitesocks.files.wordpress.com/2009/08/02-013.jpg?w=627

Pada tahun 1948, Adi dan Rudolf memutuskan untuk berpisah dan masing-masing membuat jenama kasut sendiri. Rudolf membuat jenama kasut ‘Puma’ sedangkan Adi membuat jenama ‘Adidas.’ Pengambilan nama Adidas berasal dari nama Adi Dassler dengan menggabungkan nama depan Adi dan satu suku kata nama belakang Dassler iaitu ‘das’ sehingga menjadi kata ‘Adidas’. Sekadar informasi bahawa nama asli dari Adi Dassler adalah Adolf Dassler, tapi orang Jerman sering memanggil nama Adolf sebagai Adi.

http://adsoftheworld.com/files/images/AdidasFallCollection.jpg

Disokong oleh kemajuan bidang penyiaran dan pertelevisian, adidas menikmati keuntungan dari acara sukan seperti Sukan Olimpik atau bola sepak, kerana logo 3 stripes mereka mudah dikenali dari jauh. Ia pun mendafarkan logo 3 stripes sebagai trademark dari adidas. 3 stripes yang diciptakan agar kaki stabil, namun akhirnya menjadi logo.

http://www.besportier.com/archives/adidas-adipure-trx-fg-soccer-shoes.jpg


Penggunaan logo Adidas sendiri baru dipergunakan pada sekitar tahun 1948, pada ketikat dua bersaudara Dassler tersebut berpisah. Secara visual, logo Adidas hanya berupa huruf Adidas, dengan nama Adolf Dassler diatasnya serta ilustrasi kasut ditengahnya. Dengan jenama ini, kasut buatan Adi Dassler mencapai tahap kegemilangannya, dengan diakuinya jenama kasut Adidas pada acara sukan dunia seperti Sukan Olimpik Helsinki, Melbourne, Roma dan lainnya. Serta waktu itu pasukan bola sepak Jerman menjadi juara dunia dengan menggunakan kasut Adidas.

http://itomizer.com/wp-content/uploads/2008/07/picture-2.jpg

Pada tahun 1972, logo Adidas mengalami perubahan iaitu dengan menggunakan konsep ‘Trefoil Logo’, iaitu logo dengan visual tiga daun terangkai. Konsep tiga daun ini memiliki makna simbolisasi dari semangat Sukan Olimpik yang menghubungkan 3 benua. Sejak waktu itulah Adidas menjadi kasut rasmi yang dipergunakan pada acara Sukan Olimpik seluruh dunia.

http://www.bayareakicks.com/wp-content/uploads/2008/11/adidas-aditennis-hi5.jpg

Akhirnya setelah bertahun-tahun berjaya dan mengalami liku-liku perkembangan usaha, pada tahun 1996, Adidas mengalami modernisasi dengan menerapkan konsep ‘We knew then – we know now’ yang menggambarkan kejayaan masa lalu dan kejayaan hingga kini. Adapun logo baru yang digunakan secara visual berupa tiga angka condong yang membentuk tanjakan yang menggambarkan kekuatan, daya tahan serta masa depan. Sejak waktu itu logo Adidas tidak pernah mengalami perubahan, serta masih berjaya hingga sekarang.

credit sourceflame




Saturday 16 March 2013

Kenapa Spender Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak? (InfoGraphic)


Nak tau tak kenapa spender lelaki dijual dalm kotak tapi yang perempuan dijual secara gantung atau longgok? hehe.. Jom tengok karya kreatif admin blog loveydoveydoo.com kat bawah nih..


Apabila perempuan memilih seluar dalam....







apabila lelaki memilih seluar dalam........





kah3..anda setuju???

Friday 15 March 2013

Modenisme dan Humanisme


Modenisme merupakan satu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.  ia juga merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan2 di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan sepanyol.  gerakan ini juga menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.  

Apabila kita berbicara tentang semangat modenisasi, boleh dikatakan ia bermula semnjak era Renaissance iaitu pada abad ke-16 masihi dan pencerahannya berlaku pada abad ke-18 masihi.  Manusia,cukup berani dalam menguasai alam dan mampu serta berani melepaskan diri daripada dogma-dogma institusi agama dan menjadikan mereka memasuki era baru, era pasca Abad pertengahan iaitu era moden.

Pada tahap permulaannya, manusia cukup yakin dengan akal yang rasional dan berani menghadapi kehidupan yang nyata sehingga berlakunya pemberontakan yang dikatakan pemberontakan kretif dalam dunia seni.  tahap kedua, bermulanya dengan rovolusi perancis dan kekacauan sehingga berlaku kelunturan ikatan sosial, keruntuhan pada keyakinan tradisional dan agama.  Manakala tahap ketiga pula, ia bermula semasa berlaku proses modenisasi global dan kebudayaan dunia moden secara universal sehinggakan berlakunya masalah pada keamanan dunia sejagat.

Humanisme, setelah kita melakukan sedikit perbincangan dengan apa yang dikatakan dengan modenisme, ayuhlah kita "berdecok" sedikit dengan apa yang dikatakan dengan humanisme pula.  
dari segi takrifnya, fahaman humanisme menganggap manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah tuhan yang maha agong.  dialah yang menentukan hukum-hakam.  soalnya ialah: bagaimanakah ideologi "humanisme" ini digunakan   untuk memporak perandakan masyarakat????

fahaman ini mempunyai sifat2 tertentu seperti: 

1. percampuran bebas

antara lelaki dan perempuan tanpa sekatandan gilakkan atas dasar tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan dari segi hak asasi dan tanggunggjawab.  islam mengiktiraf hak yang sama bagi lelaki dan perempuan tetapi tanggungjawab mereka adalah berlainan atau berbeza mengikut kemampuan dan fisiologi.  lelaki dan perempuan merupakan satu pasangan yang komplimentary yang saling memerlukan  tetapi bukan untuk menjadi persaingan dalam bidang tugas.

humanisme berusaha untuk menghapuskan halangan tabii antara lelaki dan perempuan seperti rasa malu (haya') kerana mereka menyatakan perasaan malu itu adalah satu sifat negatif dan warisan drp masyarakat purba..katanyalah.... kerana mereka menyatakan bahawa manusia adalah sejenis haiwan, maka kalau diikutkan dengan tabii haiwan perasaan malu perlu dihapuskan.

dalam islam sifat malu itu dianjurkan , menurut hadis Rasulullah s.a.w. "merasa malu itu adalah sebahagian daripada iman".  berbalik kepada humanisme, mereka ingin menghapuskan perasaan malu itu secara total supaya manusia melanggar syariat Allah. 

2. penggunaan istilah yang mengelirukan



antaranya "unisek" yang dipopularkan di kedai gunting rambut untuk lelaki dan wanita di tempat yang sama.
istilah "gay" yang digunakan untuk kumpulan yang melakukan hubungan sejenis (homoseks) yang dilarang oleh hukum islam.  akan tetapi dalam kamus istilah "gay" bermaksud peramah, liberal, senang bercampur iaitu orang yang bersifat baik.  media massa illuminati mengaitkan istilah ini dengan homoseks bertujuan untuk memporak perandakan nilai murni dan agama. 

istilah "chairman" yang lazimnya digunakan untuk individu yang mempengerusikan majlis, tetapi istilah ini dibantah oleh pembebasan (emansipasi) wanita barat sekular moden kerana dikatakan memperkecilkan peranan wanita  oleh itu istilah itu di tukar menjadi "chairperson".

3. penukaran peranan lelaki dan perempuan

penukaran peranan ini sebenarnya telah menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.  siapa yang mencetuskan idea ini????    pertubuhan "illuminati" iaitu musuh islam telah mencetuskan idea ini denganmenyatakan bahawa wanita yang berharga ialah wanita yang mampu memberi perkhidmatan kepada masyarakat di luar rumah, dimana kerjanya diberi nilai dalam bentuk gaji atau pengiktirafan.  malah bagi mengurangkan penduduk dunia ahli illuminati ini melakukan agenda sulit dengan menyatakan dunia pada masa kini kekurangan sumber makanan dan Lenin seorang ketua komunis yahudi di Rusia pernah berkata "remaja yang tidak berakhlak ialah remaja yang terbaikbagi gerakan revolusi".

pada hakikatnya dunia tidak mengalami kesempitan ruang kerana banyak tempat yang masih belum mencukupi penduduknya seperti Siberia, canada, amerika utara, monggolia, kalimantan, borneodan di benua australia.  seperti kita ketahui, kurniaan Allah melimpah-limpah kepada hambaNya. jadi siapakh mereka untuk menghadkan bilangan penduduk dunia???

4.  gerakan pembebasan wanita

gerakan pembebasan wanita ini adalah tidak lain daripada bertujuan untuk membebaskan diri daripada peraturan nilai agama.  malah mereka semakin gigih menyokong gerakan homosek dan lesbian atas dasar  "hak asasi manusia".  mereka menganggap perkahwinan ini adalah adat resam manusia purba.  

Dalam satu seminar yang dianjurkan oleh "gerakan perkahwinan poligami" seorang ibu tunggal telah bangkit menyokong poligami dengan menyatakan " saya rela menjadi isteri yang ke-11 kerana sekurang-kurangnya saya ada seorang lelaki bertanggunggjawab untuk keselamtan saya. pada hari, malam dan siang".

di AS ker rogol meningkat ke 821 kes setiap hari (1974M).  pada setiap 26 minit seorang telah dibunuh tanpa hak (1974M), ibu-ibu tunggal telah dilaporkan ada yang merasa ketakutan.  begi mengelakkan perkara ini berlaku mereka telah cuba melakukan beberapa cara seperti meltakkan kasut lelaki di depan pintu rumah dan meletak "dummy" (patung) lelaki di sebelah pemandu apabila ibu tunggal sedang memandu pada mala hari.  pihak illuminati menggunakan isu kezaliman atas wanita bukannya atas tujuan kasihankan mereka tetapi utnuk mengambil kesempatan bagi tujuan yang merugikan kesemua golongan.

5. kaunseling berkelompok


kaunseling ini kononya untuk membuang perasaan malu, peserta lelaki dan perempuan berjumlah 7 ke 8 orang didudukkan bercampur dalam satu kelompok. setiap daripada mereka menceritakan permasalahan yang dihadapi dan seorang pengawas akan memantau sesi keunseling ini kononnya perbincangan untuk menyelesaikan permsalahan.   walhal perbincangan ini adalah untuk membuang perasaan malu sesama mereka agar mereka dapat disamarata atau diregularkan mengikut kehendak majoriti.  cara ini sahnya telah melanggar garis panduan syariat kerana pertamanya telah bercampur beabs antara lelaki dan perempuan, masalah peribadi juga di beritahu.  kita sedia maklum bahawa sesetenga masalah tidak boleh didedahkan kepada mahram supaya tidak menjadi buah mulut kepada orang lain. sesi ini juga diwujudkan satu permainan bagi menghilangkan kepuasan, dimana mereka ini dicampurkan, tangan diikat dan mata ditutup dan diarahkan merasa seseorang melalui rabaan kononnya untu mengenali kawan-kawan yang satu kumpulan.

6.  pendidikan seks


pendidikan seks sebenarnya boleh disalahgunakan khasnya jika organisasi yang menganjurkannya tidak mengiktiraf adanya Tuhan Yang Esa, adanya Rasul, dan adanya Hari Kiamat.  jika sistem yang menganjurkan pendidikan seks itu berdasarkan ideologi sekularisme, lama kelamaan pendidikan seks itu akan menuju kepada konsep "menghormati semua pendirian berkenaan seks".   dalam pengajian perundangan islam di dalam kitab Fiqah di bab pertama membahaskan tajuk Taharah berkaitan dengan kesucian air dan perkahwinan. ia merangkumi pendidikan seks yang berpaksikan Tauhid.  

manakala dalam bab perkahwinan ia membahaskan batas2 percampuran antara lelaki dan perempuan.  Inilah pendidikan seks yang terselamat dari sebarang penyelewengan.  masalahnya ialah ramai remaja islam tidak terdedah dengan cukup ajaran-ajaran islam berkenaan.  sebaliknya serangan dalam bentuk ideologi dan intelek  tiba bertubi-tubi untuk memberi kesan yang buruk kepada kelakuan remaja.

Sweden telah memulakan pendidikan seks  pada tahun 1940 yang bermula daripada panduan2 bagi pendidikan moral.  akan tetapi setelah tahun 1956 banyak cara pendidikan menceroboh panduan2 tersebut yang mengakibatkan  pengamalan sistem pendidikan sekularisme yang mana amalan2 seks yang ganjil turut disyorkan diajar sebagai kaedah yang direstui oleh undang2 negara untuk memenuhi kemahuan seks.

menurut nilai2 "pluralistik" mereka menganggap bahawa seks di luar nikah tidak mengapa kerana " kita perlu menghormati semua pendapat". akibat daripada program tersebut kes2 penyakit kelamin di kalang remaja telah meningkat kepada yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara2 "maju" yang lain di barat, iaitu 24000 kes pada 1964 bagi remaja (wanita) berumur 15-19 tahun.  pembunuhan diri juga telah meningkat di Sweden  ( America's Sex Education Furor' oleh Broadin).

perbandingan seperti ini tidak kena pada tempatnya kerana yang penting disini ialah sikap tenaga pengajar, kanak2 yang menerima maklumat dan buku2 rujukan mereka . jika tenaga pengajr bersifat sekular, curang ateis, atau agnostik dia akan memberi maklumat dalam acuan sekular.  tambahan pula golongan remaja belum lagi mempunyai akhlak yang mantap, mereka mudah dipengaruhi dengan anasir2 yang tidak sihat.

sumber:  Dinamika Sains Pemikiran dan Etika
editor:     Dr. Mohd Zailani bin Mohd Yusuff dan Dr. Rosnaaini binti Hamid (2012).

Thursday 14 March 2013

Kekuasaan Manusia (Man Power)

Setiap manusia mempunyai cita-cita yang tinggi dan untuk mencapai apa yang diingini manusia akan menggunakan akal fikirannya sendiri.  penggunaan akal fikiran ini mestilah berada pada landasan yang
betul dan bijaksana bagi membentuk nilai-nilai moral yang baik.  Akan tetapi jika penggunaan tidak diurus dengan bijak sana maka akan terbentuklah nilai-nilai moral yang kurang memuaskan yang boleh menggalakkan manusia mencari kebendaan semata-mata dan status moral dalam kalangan manusia .

Dalam keghairahan terhadap pembangunan sekarang, secara sedar atau tidak, manusia telah, sedang dan akan menghadapi dua pilihan iaitu sama ada terus dapat mempertahankan status sebagai manusia atau merendahkan status kemanusiaannya kepada taraf hamba pembangunan.



perbahasan tentang manusia diandaikan mempunyai kepentingan-kepentingan sendiri menjadi lebih mendalam apabila penekanan terhadap pentingnya penglibatan manusia dalam perancangan dan perlaksanaan menjadi penekanan yang dominan. Selain itu, pengiktirafan ahli-ahli pembangunan terhadap manusia telah dimanifestasikan dalam berbagai model dan strategi pembangunan, walaupun dengan menggunakan konsep-konsep yang agak berbeza, seperti pendekatan 'pembangunan sepadu', bank dunia, pendekatan 'territorial' Friedman dan Weaver, pendekatan 'comprehensiveness' Livingstone, pendekatan sistem  Belshaw, dan pendekatan area India (Sharma).

dalam pendekatan-pendekatan tersebut, manusia di anggap sebagai pelaku utama dan mesti terlibat di dalam perancangan dan proses-proses pembangunan untuk kepentingan mereka sendiri. Oleh kerana pemikiran yang sedemikian rupa dan disertakan bahawa kesempurnaan manusia dapat dicapai dengan pembangunan ekonomi semata-mata, maka secara tidak lansung telah menjadikan manusia begitu rendah statusnya yang pada mulanya dianggap sebagai tuan kepada pembangunan menjadi hamba kepada pembangunan yang kerjayanya hanyalah mengeluar dan menggunakan sesuatu pembangunan tersebut.

Liberalisme


liberalisme  merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang.  fahaman liberalisme pelbagai aliran dengan nama 'liberd' mempunyai dasar dan perlindungan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada suara kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu keatas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. mereka menyokong kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, yang mana semua rakyat mempunyai hak yang sama rata.  

fahaman liberalisme mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu mempunyai kebebasan tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimum dalam ekonomi, politik, dan sosial atau kebebasan moral.  fahaman ini juga mempunyai gagasan pemikiran iaitu individu lebih penting daripada masyarakat, masyarakat hidup demi individu, individu bebas daripada nilai-nilai agama. moral agama digantikan dengan etika yang berperanan menyekat krisis yang berlaku dalam masyarakat barat yang berlaku dalam institusi kekeluargaan, ekonomi, politik dan masyarakat supaya ketenteraman masyarakat perlu dipelihara.


liberalisme dari sudut agama bermula daripada gerakan seorang tokoh bernama Martin Luther (1483-1546)beliau adalah tokoh protesan yang menentang penindasan dan keganasan gereja katolik sebelum zaman Renaissane.  selain itu, gerakan ini membebaskan kuasa gereja daripada segi rohani keatas individu dan membentuk mazhab baru bernama protestan pada abad ke-16 masihi.  Antara prinsip penting protestan adalah individu kristian mempunyai hak untuk membaca kitab suci dan mentafsir sendiri, gereja tidak mempunyai hak mengampunkan dosa-dosa individu.  protetstan juga tidak mengakui kezaliman, kebendaan, kepaderian, dan pembesar-pembesar agama dibolehkan berkahwin.  selain itu, mereka tidak mengakui patung-patung dan gambar gereja dan benda-benda itu tidak disembah kerana dianggap penyembahan berhala.


liberalisme dari sudut politik, adalah dimana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. masyarakat dan institusi2 kerajaan  yang wujud dalam masyarakat berfungsi untuk memperjuangkan hak-hak  peribadi tanpa memilih kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi.  Contohnya, Magna Carta merupakan dokumen politik yang meletakkan hak2 peribadi lebih tinggi daripada kuasa raja.  halini kerana seseorang individu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya tanpa mengira jantina kaum atau taraf ekonomi. 




liberalisme dalam ekonomi pula memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli. Ahli2 liberal tidak mahu kepada peraturan2 kerajaan dipasaran.  liberalisme ekonom menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh tindakan2 pengguna.  setiap individu diberi kebebasan memiliki harta dan berniaga.  ini menyebabkan kebebasan kepada individu untuk menjual arak dan seterusnya menggalakkan timbul krisis dalam masyarakat  seperti mabuk dan menyebabkan kemalangan di luar kawalan, krisis dalam keluarga dan sebagainya .  begitu juga dengan riba , yang mengakibatkan ekonomi tidak adil dan menimbulkan krisi ekonomi dan penindasan.

menurut golongan liberal, nilai moral seseorang sentiasa berubah dari masa ke semasa, nilai akhlak yang diamalkan tidak sama dengan agama tetapkan.  Walaupun semua agama langit menetapkan nilai baik dan buruk.  Dalam Islam, nilai2 itu ditetapkan oleh Allah.  golongan liberalisme menyatakan bahawa menusia sendiri masih dalam proses perubahan daripada haiwan rendah kepada haiwan yang lebih tinggi.


pekena kopi o sekejap..ini sambungannya: klik disini








Fahaman Pemikiran dan Etika


Sekularisme, merupakan satu ideologi terkini yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan  yang sangat luas.  Sebagai memudahkan pemahaman tentang apa yang dikatakan dengan sekularisme, terlebih dahulu perlulah kita mengetahui apakah pokok perjuangan utama dalam fahaman sekularisme ini.  Perjuangan utama sekularisme ini berkaitan dengan urusan keduniaan yang mesti dipisahkan daripada hal-hal keagamaan seperti politik, ekonomi, social, pentadbiran, dan undang-undang.  Oleh itu, jelaslah bahawa perbincangan tentang sekularisme mencakupi skop dan ruang legar kehidupan dunia yang bertumpukan kepada persoalan kebendaan semata.  Selain itu juga, sekularisme juga turut memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah dalam sesebuah negara.


Apakah yang dimaksudkan dengan sekularisme? Apakah definisi yang sesuai untuk dikatakan bahawa sesuatu perkara atau situasi itu sebagai satu bentuk sekularisme?

Perkataan dasar sekularisme ialah sekular yang berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘saeculum” yang membawa maksud masa dan tempat.  Manakala sekular pula merujuk kepada masa ialah masa sewaktu kita menjalani kehidupan.  Manakala tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata (J.A. Amurray & H. Bradley 1994). 

            Fahamlah kita disini bahawa kehidupan secara secular mesti berfokuskan kepada kehidupan dunia yang sempurna untuk kesejahteraan dunia yang tidak ada kaitan dengan hari akhirat atau pembalasan.  Secular juga memberi penjelasan yang bermaksud pemisahan antara zahir dan batin, fizikal dan spiritual, rohani dan jasmani.  Pemisahan seumpama ini menggambarkan secular sebagai satu istilah negative yang ditujukan kepada kehidupan yang berasaskan panduan agama.  Malah menurut St Edmund 1290, secular ini hanyalah bertujuan untuk melahirkan kehidupan tidak beragama, bukan beragama atau tidak kudus.  Tegasnya lagi sekularisme merupakan satu fahaman yang berkaitan dengan pemisahan secara mutlak antara agama dengan dunia.

(SEKULARISME ANTARA TIMUR DAN BARAT, DAN PENENTANGAN SERTA PENGASINGAN KUASA GEREJA)

Tidak menghairankan jika fahaman sekularisme mendapat tempat di barat. Ini berpunca dari pengongkongan gereja dan tindakannya menyekat pintu pemikiran dan penemuan sains. Ia bertindak ganas lagi dengan menguasai akal dan hati manusia, dengan erti kata lain segala keputusan adalah di tangan pihak gereja dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari pengikutnya dengan cara yang salah.

Eropah pernah tenggelam dengan darah mangsa-mangsa pihak gereja apabila ratusan malah ribuan orang mati di dalam penjara dan di tali gantung. Dengan sebab ini berlakulah pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya tertegaklah fahaman sekularisme yang bererti "memisahkan agama (kristian) dari negara". Suasana kacau bilau dalam agama kritian hasil penyelewengan yang berlaku dalamnya (-ia berpunca dari perancangan yahudi-) memungkinkan tertegaknya fahaman sekularisme di samping agama kristian yang sedia ada. Sekularisme disebarkan untuk keluar dari kepompong gereja yang begitu teruk mengongkong pengikutnya. Masyarakat Eropah tertekan dan dizalimi di bawah pemerintahan gereja.  Bagi pejuang sekular, mereka menganggap dengan berada di bawah kuasa gereja mereka tidak akan mencapai kemajuan. Sebab itulah mereka memutuskan tali ikatan diri mereka dengan gereja dan menjadi orang yang beragama kristian hanya pada nama tidak pada pengamalan agama.

Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut faham sekular, soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama atau gereja.

Apabila fahaman sekularisme ingin dipindakan dari barat ke timur, golongan ini tidak menyedari (secara sengaja atau tidak) suasana di timur yang berpegang kuat dengan agama Islam. Sudah pasti ia tidak sekali-kali merelakan pemisahan agama (Islam) dari negara. Keadaan dalam Islam tidak sama dengan apa yang terjadi dalam kristian di mana sepanjang sejarah Islam tidak ada penzaliman terhadap penganutnya. Begitu juga Islam tidak membenarkan pemisahan agama (Islam) dari negara kerana negara mengikut fiqh Islam ialah sebahagian dari agama bukannya satu perkara yang berasingan. Dalam Islam, tidak mungkin tertegaknya agama (dengan sempurna) tanpa negara (yang boleh menguatkuasakan undang-undang agama) dan tidak mungkin tertegaknya negara (tanpa kacau bilau) jika tidak ada agama (yang boleh memandunya).

Al-Syahid Hasan al-Banna dalam "Majmu'ah Rasa'il" menegaskan bahawa Islam merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya. Ia merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak, ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain. Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya. Al-Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam memandu kehidupan mereka. Sebagai contoh dalam bidang akidah (lihat surah Al-Imran ayat 19), bidang ibadat (lihat surah Al-Baqarah ayat 43), bidang sosial (lihat surah Al-Baqarah ayat 188), bidang politik (lihat surah Saba' ayat 15), bidang undang-undang perlembagaan (lihat surah Al-Nisa' ayat 59) dan juga bidang-bidang yang lain.

Islam tidak sekali-kali membenarkan penyebaran fahaman sekularisme di  sampingnya dengan membahagikan tugas antara keduanya iaitu, Islam hanya berfungsi di dalam urusan akidah dan sekularisme pula berfungsi di dalam urusan syariat. Perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Islam merupakan satu agama yang terkandung di dalamnya akidah dan syariat  sekaligus dan ia tidak membenarkan pemisahan ini dilakukan seperti mana Islam tidak membenarkan tuhan-tuhan lain ditaati dalam bidang syariah seperti ditaatinya Allah dalam bidang akidah. Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa agama yang diredhainya hanyalah Islam yang suci. FirmanNya yang bermaksud, "Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam", surah Al-Imran
ayat 19.

Jadi untuk menyamakan Islam dengan agama kristian dan percubaan memasukkan fahaman sekular ke dalam Islam adalah satu kesilapan dan jenayah yang besar. Islam tidak seperti kristian kerana Islam datang dari Pencipta manusia iaitu Allah s.w.t, ia selamat dari cacat cela. Kristian pada asalnya agama tauhid tetapi telah diselewengkan oleh paderi-paderi untuk kepentingan mereka. Sekularisme bukan berasal dari Islam dan Islam berlepas tangan dari fahaman kufur ini dan tidak ada kena mengena dengannya. Sesiapa sahaja daripada umat Islam yang mengagungkan sekularisme iaitu dengan menganggap untuk maju tidak perlu beramal dengan Islam maka boleh membahayakan akidahnya.

Sekularisme bukan hanya sekadar berpandangan politik suku agama suku tetapi dengan menyempitkan ruang lingkup agama, itu juga termasuk dalam sekularisme seperti beramal dengan Islam secara separuh. Apa yang memberi keuntungan dan kemudahan diterima pakai manakala yang mendatangkan kesusahan ditolak tepi.

Sebab itulah perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 85, maksudnya : "adakah kamu percaya (beriman) kepada sebahagian kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya? Sebaliknya Allah memerintahkan agar menerima Islam secara keseluruhannya melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keseluruhannya".

(CARA-CARA PENYEBARAN SEKULARISME)

Semenjak penjajah barat meletakkan kaki mereka ke bumi umat Islam, mereka berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan fahaman sekularisme ini melalui pelbagai cara. Dengan keupayaan ilmu dan teknologi yang dimiliki serta pengalaman, mereka berjaya melaksanakannya. Cara-cara penyebaran fahaman sekularisme ini dilaksanakan melalui bidang pendidikan, media massa dan undang-undang. Tujuannya hanyalah untuk menjauhkan umat Islam dari agamanya.

(PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI PENDIDIKAN)

Antaranya ialah :

1. Menyekat pengajian agama Islam secara material dan moral.

i. Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas mungkin kepada pengajian yang kosong dari ruh agama Islam (pengajian yang jauh dari penekanan agama). Pengajian sebegini akan dibantu dan dibangunkan serta diberi kemudahan dari segi material. Adapun pengajian agama Islam disempitkan bantuan kewangan ataupun tidak dibantu lansung. Sebarang bantuan lebih dicurahkan kepada pengajian sekularisme.

ii. Sekatan secara moral ialah dengan memperlekehkan golongan penuntut agama dan tuan-tuan guru mereka. Membeza-bezakan antara guru-guru agama dan guru-guru subjek lain dalam setiap keadaan memang satu perkara yang disengajakan. Begitu juga membeza-bezakan antara lepasan bidang agama dan lepasan bidang-bidang lain. Dari segi jawatan pula, lepasan bidang agama tidak banyak mendapat peluang disamping ganjaran dan status yang dipandang rendah tetapi bagi lepasan bidang-bidang lain agak mudah mendapat peluang dengan habuan dan status yang lumayan. Mereka ini akan tenggelam dalam "ketidaksedaran" dan akan menyebabkan orang ramai tidak kira tua muda akan lari dari agama dengan terpahat satu sikap dalam minda mereka iaitu "jika kita memilih bidang agama ianya tidak akan ke mana dan tidak akan menjamin hidup", maka dengan itu mereka lebih cenderung kepada pengajian bidang bukan agama.

Bukanlah bermaksud di sini umat Islam tidak boleh mempelajari ilmu-ilmu selain dari ilmu Islam. Malah sebenarnya tidak ada istilah ilmu "bukan Islam", seperti kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya. Ia juga merupakan ilmu Islam. Yang menjadi persoalannya ialah umat Islam telah diabaikan dari segi penekanan  ilmu agama yang sepatutnya menjadi teras kepada mereka. Tidak salah seorang muslim itu menjadi doktor, tetapi biarlah dia menjadi doktor yang ada asas didikan Islam. Juga tidak salah seorang muslim itu menjadi jurutera, tetapi biarlah menjadi jurutera yang ada asas didikan Islam.

2. Menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar. Misi penghantaran ini akan membuahkan hasilnya yang memang dinanti-nantikan iaitu pelajar itu bertambah jahil dengan agama, nilai serta adat yang baik dan akan menyebabkan pelajar itu tertarik dengan budaya barat.  Di samping itu, akan tertanam dalam diri pelajar itu tabiat (kelakuan) yang menyeleweng dari ajaran Islam. Dengan berlalunya masa, tabiat menyeleweng ini akan menjadi sebati dengan diri pelajar itu dan dia akan mempraktikkannya dalam kehidupannya sehinggakan dalam bab makan minum, pakaian, cara pergaulan dan lain-lain tabiat yang buruk. Dia akan menjadi lebih barat daripada orang-orang barat sendiri.

3. Melonggarkan sukatan pengajian agama atas nama kemajuan akademik. Residen Britain di Mesir Lord Krumer semasa penjajahan Britain ke atas Mesir telah  melaung-laungkan slogan pembaharuan dalam Universiti al-Azhar dengan memasukkan subjek sivil dalam sukatan pengajiannya. Percampuran ini menyebabkan pelajar lemah dalam menguasai ilmu agama. Beberapa sukatan pelajaran juga telah dibuang atau dikurangkan seperti subjek yang berkaitan jihad menyebabkan ruh jihad telah hilang dalam diri pelajar Islam. Pelonggaran sukatan pengajian agama berlaku di seluruh negara Islam dengan tujuan untuk melemahkan pelajar-pelajar Islam.

4. Bercambahnya institusi pengajian asing di negara Islam bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah mereka. Paling kurang kesannya ialah menghina bahasa Arab (bahasa umat Islam) dan mengagungkan   bahasa asing. Penghinaan bahasa Arab sebenarnya menghinakan agama Islam itu sendiri. Ini berlaku di negara-negara Arab.

5. Paling bahaya cara yang digunakan ialah percampuran lelaki dan perempuan ketika pengajian. Mereka (golongan sekular) memulakannya di negara-negara Islam dengan mendakwa ianya kemajuan dan kemodenan tetapi ia sebenarnya menyalakan lagi obor nafsu manusia. Mereka juga mendakwa percampuran itu dapat mematangkan pemikiran tetapi mereka telah tersilap kerana ia antara punca  tercetusnya masalah sosial yang kronik akibat percampuran yang tidak dikawal. Ilmu sains membuktikan percampuran sebegini akan membawa kepada 2 keadaan :

i. Samada ia akan membekukan nafsu seks antara 2 jantina, dengan erti kata lain, lelaki tidak lagi bernafsu kepada wanita secara tabii tetapi lebih  bernafsu kepada kaum sejenis (satu perbuatan yang dikutuk oleh Allah s.w.t). Penyakit ini semakin menular di negara-negara barat dan juga Amerika Syarikat.

ii. Ataupun ia akan meransangkan lagi api nafsu. Satu eksperimen telah dijalankan dengan meletakkan anak kucing dan anak tikus yang masih kecil dalam satu sangkar. Kedua-duanya makan dan minum dari satu bekas yang sama sehinggalah sampai masa "keinginan", anak kucing itu telah membunuh anak tikus  dan memakannnya walapun kedua-duanya hidup dalam satu sangkar serta makan dan minum dari bekas yang sama. Anak kucing itu tidak lagi menaruh sifat kasihan walaupun agak lama "berdamping" dengan anak tikus itu. Begitulah diibaratkan dengan percampuran pelajar dengan sebebas-bebasnya tanpa kawalan, lama kelamaan akan membawa ke arah masalah sosial. Realiti yang berlaku di negara-negara Islam adalah bukti yang nyata betapa teruknya masalah sosial yang berlaku.

(PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI MEDIA MASSA)

Jikalau sekularisasi dalam pengajian hanya melibatkan ribuan pelajar, tetapi sekularisasi dalam media massa meliputi jutaan orang yang menonton, mendengar dan membacanya melalui program-program yang disediakan. Setiap perkataan atau tulisan yang baik akan menghasilkan natijah yang baik dengan izin Allah. Manakala perkataan atau tulisan yang jahat pula akan menghasilkan natijah yang jahat juga. Oleh itu media massa boleh berperanan untuk mengangkat martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang atau ia juga boleh berperanan untuk menjatuhkan martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang.

Realiti yang dapat dilihat melalui televisyen, radio, wayang gambar, teater, akhbar, majalah dan lain-lain media massa tidak banyak yang membantu perkembangan nilai-nilai murni. Ia juga tidak membantu perkembangan minda dan pengamalan dengan akhlak Islam. Jikalau adapun, ia hanya seperti tangkap muat dan pemanis mulut, tidak lebih dari itu. Rancangan-rancangan televisyen yang menyiarkan gambar separuh bogel atau "tidak sempat memakai baju dan seluar" banyak disiarkan untuk meruntuhkan akhlak umat Islam terutamanya golongan muda mudi. Sepatutnya media massa itu menjadi "mimbar dakwah" yang menyeru kepada   kebaikan dan menyampaikan kebenaran, bukannya suara maksiat, medan fitnah dan kilang kerosakan sosial masyarakat. Itulah kerja sekularisme yang berusaha   menjauhkan umat Islam dari agamanya.

(PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI UNDANG-UNDANG)

Golongan sekular berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan Islam dari "kuasa" pemerintahan. Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam apahal sekalipun sehinggakan Islam kelihatan tinggal rangkanya sahaja. Ia terjadi di kebanyakan negara Islam. Di Turki contohnya, untuk menjauhkan manusia dari Islam, mereka berusaha mensekularkan undang-undang sedikit demi sedikit hingga akhirnya undang-undang Turki menjadi   sekular dan terlerainya undang-undang khilafah Islam. Di Mesir "pengsekularan" undang-undang dilakukan ketika  penjajahan Inggeris dengan mewajibkan merujuk kepada undang-undang barat secara umumnya dan undang-undang Perancis secara khususnya.

Undang-undang Islam yang tinggal hanyalah berkaitan nikah kawin (ahwal al-Syakhsiah) atau yang berkait dengan adat kerana ia tidak menggugat kedudukan penjajah. Umat Islam boleh mengamalkan undang-undang ini di kalangan mereka tetapi untuk mengamalkan undang-undang yang bersangkut paut dengan pemerintahan negara, jenayah dan lain-lain tidak diizinkan oleh penjajah. Ini adalah perancangan jahat golongan sekular. Mana-mana negara Islam yang ingin melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh pasti akan menerima tekanan hebat dari pihak barat atau dari golongan sekular dalam negara itu sendiri.

Ini adalah sebahagian perancangan yang dilakukan oleh golongan sekular untuk memesongkan umat Islam dari beramal dengan agamanya mengikut jalan yang betul. Sesiapa yang hatinya kosong dari ruh agama pasti menganggap sekular itu adalah kemajuan dan kemodenan tetapi dia tidak sedar bahawa ketika dia menerima dan mendokong sekularisme, dia telah merenggangkan ikatan tali dirinya dengan Islam yang dianutinya. Umat Islam perlulah sedar perancangan-perancangan golongan sekular ini agar mereka tidak terjatuh ke dalam perangkap yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat.

Islam dan sekularisme tidak akan dapat disatu dan disebatikan kerana kedua-duanya adalah berbeza. Al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat berkata :
"sedarlah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara hak dengan hak tetapi  pertembungan hanya berlaku antara hak dan yang batil".  Maka umat islam perlulah mengikut yang hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya. Untuk mengetahui yang hak dan yang batil menurut pandangan syarak, maka tugas itu biarlah dilakukan oleh ulama-ulama yang pakar lagi ikhlas. Tidak ada jalan selamat di akhirat melainkan menerima seratus peratus ajaran Islam yang sebenarnya mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

berehat sekejap..dan ini sambungannya : klik sahaja