Pages

Saturday, 2 March 2013

Tempat Yang Bahaya Untuk Menyimpan Telefon Bimbit

Sebaiknya juga anda mengetahui di manakah tempat yang tidak sesuai diletakan telefon bimbit anda. Di bawah ini disenaraikan beberapa tempat yang kurang sesuai jika anda ingin menyimpan telefon bimbit anda




Jangan Simpan Dalam Poket Seluar. Sebagai pengguna telefon bimbit lelaki biasanya kita selalu menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar namun kajian mengatakan elektrostatik & elektromagnetik yang dihasilkan telefon bimbit boleh membuat lelaki menjadi mandul, dan mengundang tindak balas yang tidak baik pada anda. Selain itu jika kita jika kita lupa meletakkan telefon bimbit di dalam seluar silap-silap telefon bimbit tersebut boleh juga termasukan ke dalam mesin cuci pakaian.

Jangan Letakkan Bersama Barang Elektronik. Jangan simpan telefon bimbit anda dekat dengan barang elektronik lainya seperti di dekat TV, laptop sebab barang elektronik boleh mengeluarkan medan elektonik yang tinggi yang boleh membuat telefon bimbit kesayangan anda menjadi rosak.

Dilarang Dekat Kunci Kereta. Dalam keadaan tertentu, telefon bimbit yang digunakan dalam kenderaan akan memberikan kesan sampingan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Telefon bimbit yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci kereta tersebut. Terutama bagi kereta mewah.

Jangan Diletakkan Dekat Komputer. Komputer, laptop dan telefon bimbit sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling memberi kesan. Pasti kedua barangan ini amat anda sayangi. Sebaiknya jangan diletakan terlalu hampir diantara keduanya.

Jangan letakkan dekat Gas yang mudah terbakar. Pasti anda berfikir dengan meletakkan telefon bimbit dekat dengan gas boleh membuat gas meletup. Padahal tidak begitu, melainkan jika telefon bimbit berada dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan telefon bimbit tidak dapat berfungsi dengan baik.

Jangan sesekali menyimpan atau diletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta Berkunci. Meninggalkan atau meletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta akan dapat dilihat oleh orang luar. Pasti boleh mengundang kecurian selain mungkin, telefon bimbit anda akan dicuri dan kereta anda mungkin akan dirosakkan.

No comments:

Post a Comment