Pages

Thursday 12 April 2012

Jihad untuk hapus kepincangan dan korupsi

 Pendidikan Islam terus menjadi teras kepada rakyat negeri Kelantan dan  menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri.

Setiap tahun kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM90 juta di dalam belanjawannya bagi memastikan pendidikan Islam di negeri ini terus berkembang.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, berkata, menjadi hasrat kerajaan negeri ‘mencetak’ rakyat negeri ini dengan acuan Islam.

“Kerajaan negeri ingin melihat rakyat negeri ini bukan setakat tahu Islam tetapi mengamalkan Islam seluruhnya di dalam kehidupan mereka,” katanya sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Kelantan (PGSBAK), di sini semalam.

“Tetapi agak malang ada pihak yang menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sehinga ada SAR yang terpaksa ditutup kerana tidak mampu meneruskan operasi mereka,” ujarnya.

Ujarnya lagi, dengan pendidikan dan pengetahuan agama Islam, segala kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran negara ini dapat dihapuskan.

“Menjadi jihad kepada umat Islam untuk menghapuskan kepincangan dan korupsi yang berlaku di pentadbiran negara sekarang ini,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, Pakatan Rakyat akan meneruskan dan menyambung semula bantuan kepada SAR sekiranya dapat memerintah Malaysia.

No comments:

Post a Comment